Wednesday, February 1, 2012

ZIARAH KASIH THE SIRIES...PRIHATIN&AMBIL BERAT...

Sebagaimana selalu,program ziarah pesakit kronik adalah menjadi keutamaan kerana statistiknya sentiasa berubah.Saban hari ada sahaja pesakit baru yang masuk dalam data simpanan yang memerlukan perhatian segera.Kunjungan seumpama ini sebenarnya akan dapat meringan beba.nan pesakit dan tekanan keluarga terbabit.Khidmat nasihat,bantuan berkaitan akan sentiasa diberi bagi memastikan rawatan dan kebajikan sentiasa terjaga.Kali ini program Ziarah Kasih mengambil tempat di Felda Keratong 3 anjuran bersama KEMAS Daerah dan pemimpin setempat.Rata-rata pesakit yang sempat diziarahi melahirkan kesyukuran dan terharu atas keprihatinan masyarakat atas kesulitan dan dugaan yang mereka hadapi.Semoga dengan rawatan dan semangat yang diberi akan dapat mempercepat proses pemulihan.Bagi pihak ADUN,ingin merakankan penghargaan kepada semua yang terlibat dari mula hingga akhir program ziarah ini.Teruskan....

No comments: