Thursday, March 28, 2013

MERAIKAN GOLONGAN MINORITI..MIC...

Walaupun golongan ini merupakan satu entiti minoriti dalam masyarakat namun kebajikan dan keperluan mereka tidak dipinggirkan.Mereka jua sebahagian komuniti yang perlu perhatian dan pembelaan.Satu majlis ramah mesra dan penyampaian sumbangan telah diadakan yang melibatkan hampir keseluruhan masyarakat India di DUN Bukit Ibam.Mereka yang hadir ternyata begitu gembira dengan inisiatif yang diatur ini kerana ini merupakan medan terbaik bagi mereka untuk menyuarakan permasalahan kepada pemimpin secara terus dan telus.Bantuan dan sumbangan yang disampaikan diharap dapat memberikan keselesaan kepada mereka.Ternyata sokongan mereka terhadap kerajaan semasa ini berada pada tahap yang tinggi.