Tuesday, March 27, 2012

PROGRAM INFO BESTARI,ZIARAH KASIH BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI....

Program Info Bestari dan Ziarah Kasih yang telah diadakan diperkampungan masyarakat orang asli RPS Buluh Nipis ini telah berjalan dengan meriah sekali.Dengan Kerjasama Penerangan Daerah Rompin serta agensi-agensi kerajaan yang lain ternyata mendapat sambutan yang cukup baik daripada masyarakat orang asli yang begitu teruja dengan kehadiran ramai petugas untuk menolong mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Antara acara yang dujalankan adalah program pemeriksaan kesihatan,pendaftaran kelahiran,semakan daftar pemilih,mendaftar menjadi anggota RELA,Sukaneka,Ziarah Kasih serta pertandingan karaoke.Mereka juga berpeluang mengemukakan permasalahan yang dihadapi melalui Tok-tok Batin mereka selain turut mengadakan program menziarah ahli masyarakat yang mengalami masalah kesihatan serta warga emas.Apa yang menarik adalah semangat gotong-royong yang masih terserlah yang menjadi amalan dalam kehidupan seharian mereka.Bagi pihak ADUN Kawasan Bukit Ibam,ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan atas kerjasama serta komitmen yang diberikan sehingga program ini dapat dijalankan dengan jayanya.TERUSKAN....

Wednesday, March 14, 2012

JOM...JUMPA ORANG MUDA..KAYUH SANTAI..

Golongan muda merupakan aset penting dalam menyiapkan generasi penentu masa hadapan negara yang cemerlang.Generasi yang sihat dan bebas gejala tidak sihat boleh diwujudkan dengan penyertaan aktiviti yang sihat.Kayuhan samtai berbasikal mengelilingi Keratong yang diadakan adalah salah satu program yang wajar diberikan sokongan padu.Selain dapat beriadah untuk mengeluarkan peluh ianya juga menjadi medan bertemu muka dan bertukar-tukar pendapat.Bagi pihak ADUN ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah berusaha keras sehingga program kali ini dapat dijalankan dengan jayanya.Pihak ADUN juga berharap ajar kerjasama dalam penganjuran aktiviti ini akan dapat diteruskan di masa hadapan.Teruskan..

MASALAH RAKYAT..PENYELASAIAN MASALAH..

Sememangnya tiada sesuatu yang lebih menggembirakan rakyat sekiranya permasalahan yang membelenggu kehidupan seharian dapat diselesaikan,dan menjadi keinginan pemimpin seboleh mungkin masalah rakyat dapat diselesaikan sebaik mungkin.Masalah bekalan air paip yang dahulunya menjadi igauan penduduk di Kampung Meripuh telah hampir selesai apabila projek membekalkan bekalan air berjaya disiapkan.Namun,kebanyakan penduduk yang rata-rata berpendapatan rendah tidak mempunyai kemampuan untuk membuat penyambungan paip ke rumah masing-masing.Melalui peruntukan "touch-point"oleh kerajaan negeri maka masalah ini insyaallah akan selesai dalam masa terdekat ini.Pertemuan bersama penduduk bagi menyampaikan berita gembira ini telah memberikan sinar baru kepada penduduk.Mereka menyatakan rasa terima kasih atas keprihatinan kerajaan dan pemimpin dalam membantu masalah yang mereka hadapi selama ini.Inilah bukti kerajaan semtiasa berusaha untuk membela rakyat sesuai dengan slogan rakyat didahulukan.Teruskan..

Tuesday, March 13, 2012

JALINAN RAKYAT...MEMANTAP GERAK KERJA..








Gendang perang yang telah dipalu oleh kepimpinan tentang kesiapsiagaan menghadapi PRU pastinya telah disambut oleh akar umbi dalam memastikan segala data mengenai pengundi dikemaskini.JR..Jalinan Rakyat juga adalah salah satu Gerak kerja penting melalui Wanita yang bertanggungjawab mengenalpasti kecenderungan pemilih dalam PRU nanti.Pertemuan mesra dan mendapatkan maklumbalas telah disusun secara berperingkat mengikut peti undi dalam DUN.Penerangan tentang senario politik semasa dan juga strategi baru dalam menghadapi PRU juga telah disampaikan oleh YB ADUN yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Negeri.Rata-rata petugas JR yang dipilih begitu bersemangat dan komited untuk menjalankan tugasan yang telah disusun atur agar program mendekati pengundi dapat dimantapkan ke arah mendapatkan hasil yang cemerlang.Teruskan..