Wednesday, November 24, 2010

KEPENTINGAN PENDIDIKAN..TANGGUNGJAWAB SEMUA..


Memang sudah menjadi kewajiban semua pihak dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik anak-anak.Baik pihak sekolah,masyarakat,ibubapa dan pemimpin mempunyai peranan yang tersendiri.

Ini adalah kerana segala usaha yang ingin dibuat pastinya memerlukan komitmen dan perhatian yang bukan sedikit...

Justeru,bagi pihak YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz selaku ADUN Kawasan sememangnya amat mengambil perhatian yang serius terhadap kecemerlangan akademik di setiap sekolah di DUN Bukit Ibam.

Melalui Program Sekolah Angkat misalnya telah menaikkan pencapaian SK Kota Bahagia di mana 8 orang palajar telah mencapai 5A dalam UPSR 2010 dan yang lebih membanggakan adalah pencapaian100% dalam subjek Sains..

Beliau juga telah mengumumkan SK LKTP Keratong 4 sebagai sekilah angkatnya pada tahun 2011 nanti akibat daripada pencapaian yang kurang memberangsangkan pada tahun ini..

Moga langkah proaktif ini akan membuahkan hasil yang baik di masa akan datang..insyaallah..

Saturday, November 13, 2010

MESYUARAH,DISKUSI LANGKAH KE HADAPAN..

Dalam usaha untuk menjadikan masjid sebagai sebuah institusi masyarakat yang berkesan maka sesuatu perlu digerakkan agar masjid dan kariahnya sentiasa imarah dengan aktiviti yang bersesuaian dan selari dengan kehendak semasa selagi ianya berada pada landasan yang dibenarkan.

Sehubungan dengan itu,YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab.Aziz,ADUN Bukit Ibam telah mengambil inisiatif menemui pegawai-pegawai masjid bagi mendapatkan maklumat tentang program yang telah dan bakal dilaksanakan kearah menjadikan masjid sebuah institusi yang berkesan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

Pertemuan dengan pegawai-pegawai masjid FELDA Keratong 5 telah diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat

Banyak informasi telah dapat disalurkan oleh YB ADUN dan telah merangka pelbagai program dalam masa yang terdekat ini.

Semoga program seumpama ini akan dapat menjadikan masjid sebagai tempat untuk komuniti beraktiviti dan berkomunikasi.INSYAALLAH...

Monday, November 8, 2010

SEHARI BERSAMA MASYARAKAT...DENGARI MASALAH DAN CUBA BANTU..

Setiap kali turun ke padang menemui pengundi dan masyarakat tentunya sebaik dan seboleh mungkin ingin bertemu dengan seberapa ramai ahli masyarakat.Sekurang-kurangnya tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan masalah yang diutarakan..

Bermula dengan ziarah kematian,gotong-royong,majlis kenduri,tahlil dan ziarah pesakit kronik adalah menjadi sebahagian daripada agenda tetap selain daripada acara mahupun program rasmi yang direncanakan.

Maklumbalas yang diterima menunjukkan kaedah sebegini lebih berkesan daripada mengadakan program mega di mana kesannya tidaklah begitu menyerlah.

Pendekatan sebegini membolehkan permasalahan masyarakat dapat didengar secara terus tanpa sebarang karenah birokerasi dan protokol yang menyusahkan.

Pemimpin kecil masyarakat juga perlu kerap turun ke kawasan untuk mencari MASALAH rakyat seterusnya dibawa ke pengetahuan pemimpin untuk penyelesaian.Tidak termampu rasanya YB untuk bersendirian tanpa pertolongan dan kerjasama semua pihak terbabit