PARA PELAJAR UiTM BERSAMA KELUARGA ANGKAT MASING-MASING
TETAMU JEMPUTAN VIP
UCAPAN YB DATO' SAHFRI
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA TOKOH PEMIMPIN KELUARGA SEMPENA MAULIDULRASUL 1431 HIJRAH
PENYAMPAIAN CENDEREHATI DARIPADA YB DATO' KEPADA PRESIDEN PELAJAR UiTM CAWANGAN SEGAMAT UNTUK PROGRAM TERSEBUT
YB DATO' BERGAMBAR BERSAMA KUMPULAN MARHABAN DEWASA YANG BARU-BARU INI MENJADI JOHON PERTANDINGAN MARHABAN PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2010 DI KUANTAN
DI ANTARA PARA PELAJAR UNITEN BERSAMA KELUARGA ANGKAT MASING-MASING
TETAMU JEMPUTAN VIP
UCAPAN DARI YB DATO' SAHFRI
CENDERAHATI DARIPADA YB DATO' SAHFRI KEPADA UNITEN
Pada 26 - 28hb Februari bertempat di Felda Keratong 2 pelajar-pelajar UNITEN Kampus Muadam Shah di bawah Kelab Self In Free Entreprenuer (SIFE) telah mengadakan program berbentuk sukarelawan bagi membantu golongan usahawan dan komuniti setempat. SIFE UNITEN juga telah mengendalikan Projek Felda sejak tahun 2006 lagi dan kekal sehingga hari ini. Bagi memastikan pengurusan projek felda sentiasa berterusan kelab ini sentiasa merangka aktiviti yang dirasakan mampu menyumbangkan kebaikan kepada masyarakat persekitaran. Bagi mencapai objektif tersebut kelab tersebut telah mengadakan program anak angkat di felda keratong 2. Seramai 60 orang pelajar Uniten Kampus Muadzam Shah terlibat dala program ini dan program ini berakhir dengan jayanya.
SEDANG MENUNGGU GILIRAN UNTUK MENGADAKAN PERSEMBAHAN
KEHADIRAN
UCAPAN PERASIMIAN OLEH YB DATO' HJ MOHAMAD SAHFRI BIN AB AZIZ
JEMPUTAN VIP
DI ANTARA PELAJAR UNITEN YANG SEDANG MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN
ACARA PEMBERIAN HADIAH-HADIAH YANG DISEDIAKAN
PEMBERIAN CENDERAHATI DARI PENGURUS FELDA KERATONG 2 KEPADA YB DATO'
BERBINCANG SESUATU DENGAN KETUA PELAJAR UNITEN YANG TURUT SERTA DI DALAM PROGRAM TERSEBUT
JAMUAN MAKAN TENGAHARI
Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah adalah tema bagi sambutan Maulidulrasul pada tahun ini 1431 Hijrah 2010 Masihi. Seperti tempat-tempat lain di dalam kawasan DUN Bukit Ibam penduduk Felda Keratong 2 juga tidak terlepas untuk menyambut peristiwa bersejarah ini bagi memperingati junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Program di Felda Keratong 2 ini adalah merupakan rutin tahunan yang mana setiap kali sampai masanya ianya disambut dengan meriah tambahan lagi progam ini tiap-tiap tahun dihadiri oleh YB Dato' Hj Mohamad Sahfri yang juga merupakan generasi kedua Felda Keratong 2. Disamping penduduk-penduduk tempatan program ini turut disertai oleh pelajar-pelajar dari UNITEN Kampus Muadzam Shah yang secara kebetulan terlibat dengan program anak angkat di Felda Keratong 2. Acara-acara seperti pertandingan membuat kain rentang, nasyid, marbahan telah diadakan yang bertemakan sambutan maulidulrasul pada tahun ini. Alhamdulillah program ini berakhir dengan jayanya.
YB DATO' SAHFRI BERSAMA USTAZ GHAZALI BIN OSMAN PENGERUSI SAR KAFA MUADZAM SHAH DI KANAN BELIAU
KUMPULAN NASYID DARI SAR KAFA BANDAR MELATI
KEHADIRAN GURU-GURU KAFA DARI DUN BUKIT IBAM DAN SEBAHAGIANNYA DARI ROMPIN
KEHADIRAN GURU-GURU KAFA
KEHADIRAN GURU-GURU KAFA
PEMBERIAN CENDERAHATI DARI PERSATUAN GURU KAFA KEPADA YB DATO' SAHFRI
PEMBERIAN HADIAH CABUTAN NO BERTUAH JUALAN BUKU DAN PAKAIAN DI PROGRAM TERSEBUT
JAMUAN MAKAN
Pada 25hb FEB 2010 bertempat di Wisma JKKR Felda Keratong 4 bermula jam 9.30 pagi Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Muadzam Shah telah mengadakan mensyuarat agung bagi melengkapkan tangungjawab persatuan dan menyusun jawatankuasa-jawatankuasa baru bagi memastikan persatuan tersebut dapat terus bergerak dan melangkah menunaikan tanggungjawab di dalam kerjaya yang selesa. Mesyuarat ini telah di hadiri oleh guru-guru SAR KAFA di dalam DUN Bukit Ibam dan ada sebahagiannya dari Rompin. YB Dato' Sahfri telah dijemput untuk merasmikan mesyuarat agung tersebut. Kehadiran YB Dato' Sahfri telah menyuntik semangat baru kepada guru-guru kafa yang hadir di mana di dalam ucapan YB Dato' telah memaklumkan bahawa beliau akan cuba sedaya upaya untuk menaikan mertabat guru-guru SAR KAFA dari segi pendapatan, kemudahan peralatan pembelajaran, tempat pengajaran dan cuba untuk mewujudkan SEK.MEN AGAMA di dalam kawasan Keratong bagi memudahkan para-para pelajar yang menyambung pelajaran terus melanjutkan pelajaran agama di dalam kawasan dan tidak perlu pergi ke kawasan lain. Mesyuarat ini berjalan lancar dengan jayanya.