Monday, October 31, 2011

KEM KESIHATAN WARGA ORANG ASLI..

Bersesuaian dengan tuntutan menjaga kebersihan untuk mendapatkan tahap kesihatan diri,keluarga dan masyarakat maka satu program Kem Kesihatan telah diadakan di RPS Bukit Serok.Program anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli,Kolej Universiti Shahputra,Yayasan Sime Darby dan lain-lain agensi kerajaan.Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah ceramah kesihatan,pemeriksaan kesihatan secara percuma,pertandingan bayi sihat dan banyak lagi acara.Turut hadir bersama adalah YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam,Dalam ucapannya beliau mengingatkan masyarakat orang asli sentiasa memastikan tahap kesihatan diri dan keluarga.Apa yang lebih penting adalah penekanan terhadap pendidikan anak-anak kerana dengan tahap pendidikan tinggi dan serbaserbi bantuan kerajaan akan dapat menjamin masa hadapan yang lebih sejahtera,Rata-rata masyarakat orang asli yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan program yang telah diadakan ini dan berharap ianya akan dapat memberikan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan.TERUSKAN...

Thursday, October 13, 2011

KEBERANGKATAN KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG KE DUN BUKIT IBAM..

Ribuan rakyat jelata dari segenap lapisan telah menyambut Keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang dalam majlis Jamuan Rakyat yang telah berlangsung di Padang Astaka BTAR.Program anjuran Parlimen Rompin dan FELDA ini telah turut dihadiri oleh YB Tan Sri Pengerusi Felda,Pengarah Besar FELDA dan lain-lain kenamaan.Baginda ternyata amat gembira dengan kehadiran ramai rakyat jelata yang mencerminkan Pihak Istana dan Rakyat berpisah tiada di samping menggambarkan sokongan rakyat terhadap kerajaan semasa.Dalam titahnya,baginda turut menasihatkan masyarakat agar terus memberikan sokongan dan kerjasama dalam membantu merealisasikan impian kerajaan untuk meningkatkat taraf hidup yang lebih baik pada masa yang akan datang.Majlis turut diserikan dengan persembahan Dato'Siti Nurhaliza dan ramai lagi artis tempatan.Bagi pihak ADUN dan seluruh warga ingin mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga Ke Bawah KDYTM yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama dalam program yang telah diadakan ini.