Saturday, August 18, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...BERSEDERHANALAH....

Setelah sebulan kita menunaikan ibadah puasa,Syawal pun menjelma.Tentunya segala persiapan telahpun selesai bagi menyambut Aidil Fitri.Perlu diingatkan disaat kita menyambut lebaran,bersederhanalah dalam segala segi.Jangan sampai berlaku pembaziran.Pastikan kediaman dalam keadaan selamat,yang dalam perjalanan,pastikan keadaan kenderaan dalam keadaan baik dan patuhi undang-undang jalanraya.Saya selaku ADUN Bukit Ibam ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Maaf Zahir dan Batin.Mari kita saling bermaafan antara satu sama lain.Lupakan sengketa dan jalinkan ukhwah sesama anggota masyarakat.Akhir kata,elakkan tragedi di musim perayaan.Anda mampu mengubahnya.

Wednesday, August 15, 2012

ZIARAH PRIHATIN..MANGSA KEBAKARAN..MOGA BERSABAR...

Dalam kerancakan dan kesibukan membuat persiapan menyambut Aidil Fitri,satu kebakaran yang memusnahkan sebuah kediaman penduduk telah berlaku di Kampung Bukit Ibam.Kebetulannya YB ADUN dalam rangka program Jelajah Ramadan telah datang untuk melihat sendiri kesan musibah di samping bertemu sendiri dengan mangsa kebakaran tersebut.Siasatan awal mendapati punca berlakunya kejadian adalah disebabkan litar pintas.Sekali lagi diingatkan kepada semua penduduk agar sentiasa membuat pemeriksaan pendawaian terutama bagi sistem pendawaian yang sudah terlalu lama.Bantauan awal telah disampaikan dan urusan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkaitan sedang diusahakan.

SIRI JELAJAH RAMADAN...KG MERIPUH..SELESAI BEKALAN AIR...

SJR....diteruskan lagi dengam menghala ke sebuah perkampungan tradisional Melayu iaitu Kampung Meripuh..Kampung ini sejak sekian lama memang menghadapi masalah bekalan air paip.Alhamdulilah dengan Syawal yang bakal menjelma diharapkan sinar kegembiraan berkat kesabaran dan usaha gigih pihak ADUN dan jabatan yang berkenaan,masalah ini dapat diatasi.Rombongan sempat bertarawikh bersama para penduduk dan acara penyampaian sumbangan Hari Raya kepada warga kampung telah dapat dijalankan selepas itu.Rata-rata penduduk kampung amat berterimakasih atas keprihatinan pemimpin dalam memastikan kehidupan warganya dapat dipertingkat kualitinya.Teruskan....

Monday, August 13, 2012

SIRI JELAJAH RAMADAN..BERSAMA MASYARAKAT..

Siri Jelajah Ramadan diteruskan lagi.Kali ini lokasinya adalah di felda Keratong 7..Siri Jelajah ini adalah merupakan satu landasan yang baik untuk bersama-sama masyarakat dan dapat juga  menyelami permasalahan penduduk setempat.Kalau diwaktu lain keadaan agak sibuk dengan urusan masing-masing,program seumpama imi memberikan ruang dan kesempatan untuk bertegursapa selain menjalin kan perhubungan yang lebih baik melalui akiviti bergotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa.Terima kasih daun keladi atas layanan istimewa yang tealh diberikan oleh semua.TERUSKAN...

Sunday, August 12, 2012

TARAWIKH,TAZKIRAH...PENYAMPAIAN SUMBANGAN.@.KOTA SHAHBANDAR

Program Jelajah Ramadan diteruskan lagi.Kali ini bersama para penduduk di Bandar 15..Kota Shahbandar.Bertarawikh bersama para jemaah dan kemudiannya menyampai tazkirah sebagai renungan dan ingatan kepada yang hadir.Sempat juga memberikan kelulusan baikpulih masjid dan memberikan penerangan tentang projek semasa yang bakal dilaksana dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.Seterusnya adalah penyampaian sumbangan kepada penduduk kampung dab rata-rata penerima melahirkan rasa bersyukur atas keprihatinan pemimpin dan kerajaan dalam memberikan yang terbaik untuk rakyat.TERUSKAN.....

PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK..MENDEKATI RAKYAT..


Sebagaimana lazimnya,program pengagihan bubur lambuk semasa bulan Ramadan pasti menjadi program yang dinantikan.Program yang diadakan secara gotong-royong ini berjaya menghasilkan 1000 mangkuk bubur.Ianya telah diagihkan kepada para pengunjung bazar Ramadan serta penduduk yang berhampiran dengan tempat program diadakan.Semoga dengan sumbangan yang tidak sepertinya ini akan dapat merapatkan ukhwah sesama kita.Program ini telah memasuki tahun ke 5 dan akan dijadika acara tradisi dibulan Ramadan.TERUSKAN...

Thursday, August 9, 2012

BERBUKA...BERTARAWIKH BERSAMA IMAM MASJID MADINAH...

Program berbuka puasa bersama masyarakat di kawasan kali ini mengambil tempat di Masjid Felda Keratong 2.Apa yang menariknya,kali ini para kariah dan jemaah dapat berbuka puasa dan menunaikan solat sunat Tarawikh yang diimamkan oleh Imam dari Masjid Madinah yang didatangkan khas dengan kerjasama Majlis Agama Islam Pahang dan inisiatif YB ADUN Bukit Ibam.Beliau juga sempat memperdengarkan bacaan mengikut pelbagai Qiraat.Sesungguhnya para jemaah kali ini amat bertuah kerana berpeluang bersua muka dan bersolat tarawikh yang diimamkan oleh Iman Masjid Madinah..Teruskan..

Wednesday, August 8, 2012

BERBUKA BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN...

Ramadan datang lagi.Persiapan semestinya dibuat sebaik mungkin.Bagi yang berkemampuan sudah pasti inginkan yang terbaik.Namun bagi yang kurang berkemampuan sudah pasti sedikit sumbangan tanda prihatin diterima dengan tangan yang terbuka.Program berbuka puasa kali ini mengambil tempat di Masjid Kg Lubok Batu.Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil serta penyampaian sumbangan kepada penduduk yang memerlukan.Juadah istimewa ikan sungai disediakan secara bergotong-royong melambangkan semangat kekitaan dan kejiranan yang jitu masih kekal menjadi amalan penduduk disini.Selepas itu,YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam meneruskan Kembara Ramadan ke Masjid Kg Kota Bahagia untuk menunaikan solat Isyak dan bertarawikh bersama jemaah...