Wednesday, November 30, 2011

PEMBANGUNAN..PEDALAMAN BUKAN ALASAN..

Dalam memberikan kemudahan penempatan yang selesa kepada rakyat tidak hanya berkisar masyarakat di desa dan pinggir bandar sahaja.Masyarakat orang asli di perkampungan mereka yang nun jauh dipedalaman juga turut mendapat nikmatnya.Jarak kira-kira 30km jauh ke dalam belantara ini bukannya halangan untuk diberikan perhatian dan tindakan segera.Projek pembangunan/pembinaan penempatan tersusun untuk warga ini telah pun dapat disiapkan dan diduduki.Rumah selesa ini bakal mengubah sistem kehidupan mereka dan dilengkapi dengan bekalan air bersih.Cuma yang masih dalam perancangan ialah untuk membekalkan tenaga elektrik ke kawasan ini.Masyarakat ini begitu teruja dengan projek ini dan berterimakasih atas usaha kerajaan dan pemimpin yang begitu mengambil berat akan hal kebajikan mereka.Mereka berharapa akan ada banyak lagi rancangan pembangunan seumpama ini dapat dilaksanakan di masa hadapan..Teruskan...

Monday, November 28, 2011

MUSIM TENGKUJUH..PERSIAPAN AWAL..

Setiapkali berlakunya musim tengkujuh/banjir,maka kebajikan mangsa adalah sesuatu yang menjadi keutamaan.Persiapan diatur agar permasalahan dapat ditangani selancar mungkin.Bagi penduduk masyarakat orang asli yang nun jauh di pedalaman ini biasanya akan mengalami masalah terputus hubungan akibat daripada kawasan rendah yang menghubung penempatan mereka akan dinaiki air dan mereka akan terputus dengan dunia luar.Justeru,tindakan menghantar bantuan awal ini adalah satu langkah terbaik sebelum keadaan menjadi kritikal.Terima kasih diucapkan kepada agensi yang terlibat membantu penghantaran bantuan makanan ini seperti JKM,Bomba,Pejabat Penghulu serta mereka yang turut menyumbangkan tenaga dan masa brsama-sama menyertai operasi kali ini.Kali ini bantuan makanan dihantar untuk penempatan orang asli Kampung Jubau dan Langkap Dalam.

Sunday, November 27, 2011

BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUT..BUKTI BERKEBAJIKAN..

Seboleh mungkin setiap bebanan dan masalah yang ditanggung oleh rakyat akan cuba diselesaikan.Sekurang-kurangnya rakyat menyedari bahawa slogan rakyat didahulukan itu benar-benar satu kenyataan dan bukan rektorik semata.Baru-baru ini telah disampaikan bantuan kepada mangsa ribut yang merosakkan kediaman mereka.Bantuan adalah sumbangan oleh Kerajaan Negeri Pahang.Rata-rata mereka mengucapkan terima kasih dan bersyukur dengan xumbangan tersebut dan ianya sedikit sebanyak mengubat kesedihan yang ditanggung akibat kejadian tersebut.Terima kasih juga kepada Tok 4,JKM yang juga mengambil tindakan awal melaporkan kejadian tersebut untuk tindakan lanjut daripada pajabat ADUN khususnya.

Saturday, November 26, 2011

BENCANA BANJIR..PERSIAPAN AWAL.

Musim tengkujuh pastinya akan datang lagi.Musibah banjir seakan sudah menjadi sebahagian daripada fenomena alam yang akan melanda kawasan-kawasan rendah di DUN.Persiapan lebih awal perlu disusun atur ajar gerak kerja menangani permasalah banjir berjalan lancar/Perbincangan.mesyuaarat penyelarasan yang dilakukan agar mangsa-mangsa banjir yang bakal terlibat nanti dapat dipindahkan ke pusat-pusan pemindahan yang telah digazetkan dan bantuan dapat disalur secepat mungkin.Justeru,maklumat daripada jabatan dan agensi yang berkaitan amat diperlukan agar maklumat ini nanti dapat digunakan semasa operasi membantu mangsa banjir dilakukan,Ketua Kampung dan Tok Batin diingatkan agar mengambil berat akan anak buah mereka apabila berlaku banjir supaya semua mengsa tersebut mendapat bantuan kerajaan secara adil,telus dan menyeluruh.Terima kasih kepada semua pihak yang begitu komited dan berkerjasama penuh semasa mesyuarat dijalankan.Teruskan kerjasama yang baik ini..

Thursday, November 24, 2011

MEMENUHI UNDANGAN..JALINAN KEMESRAAN..


Dalam keterbatasan masa akibat jadual peogram yang agak padat,bukanlah bermakna tidak dapat memenuhi undangan majlis perkahwinan.Cumanya,masa dan waktunya tidaklah sebegaimana dalam kad undangan.Walaupun telah lewat malam,namun kehadiran tetap disambut mesra oleh tuan rumah.Suasana mesra jelas kelihatan apabila dalam suasana santai menikmati hidangan yang tersedia..Harapnya semangat bergotong-royong ini akan sentiasa subur mekar dan menjadi sebahagian cara hidup masyarakat harmoni.Yang ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.Bulat air kerana pembetung,bulat masyarakat kerana muafakat.Teruskan

Wednesday, November 23, 2011

PENGERTIAN 'NASI AMBENG'..IKATAN UKHWAH''

Dalam kesibukan tugas yang mesti diselesaikan,jemputan untuk menghadiri kenduri kesyukuran pastinya tidak dilepaskan.Pertamanya,ianya menjadi satu cara santai bertemu masyarakat selain cuba menyelami permasalahan yang dihadapi secara terus.Bezanya,kali ini juadah yang dihidangkan adalah 'nasi ambeng' yang terkenal di kalangan masyarakat jawa.Rupa-rupa di sebalik hidangan ini terselit banyak pengajaran.Hidangan setalam yang dikongsi bersama seramai 4 orang ini melambangkan sikap toleransi,sepakat,timbangrasa dan ikatan ukhwah yang kukuh terjalin.Ini dapat dilihat semasa mereka membahagikan makanan tersebut secara adil dan samarata sebelum di bungkus dan dibawa pulang untuk dimakan oleh anak-anak di rumah.Bungkusan makanan yang dibawa pulang ini dipanggil 'berkat' oleh masyarakat Jawa..Inilah keistimewaan hidup dalam masyarakat yang pelbagai.Nasi Ambeng sebagai simbolik kesepakatan dalam hidup bermasyarakat.Teruskan...

Tuesday, November 22, 2011

MENYAMPAI UCAPAN MEWAKILI SUARA MUDA..

Tanggungjawab besar yang diberi untuk menyampai ucapan mewakili PPU Malaysia dihadapan lebih 3000 perwakilan adalah satu amanah,penghormatan yang harus dilaksana sebaik mungkin.Bukan mudah tapi alhamdulilah, segalanya berjalan lancar.Intipati ucapan yang padat mendapat respon yang baik daripada perwakilan dan yang lebih penting barisan kepimpinan yang begitu responsif terhadap apa yang disuarakan.Semoga ini akan menjadi titik tolak agar suara generasi muda didengari dan menjadi sebahagian daripada tindakikut(Follow up) kerana barisan orang muda sudah menjadi semakin penting dewasa ini.Terima Kasih atas kepercayaan yang diberikan.Teruskan...

Saturday, November 19, 2011

PERBINCANGAN,PERTEMUAN..PELAKSANAAN..

Setiap permasalahan yang ditimbulkan oleh rakyat sememangnya akan diteliti untuk diselesaikan.Cumanya ianya memerlukan jangkamasa tertentu dan proses untuk diselesaikan.Berkaitan dengan masalah pekerja di Felda Plantation Selancar 6 yang menghadapi masalah tapak rumah,maka pelan pembangunan telah dirancang.Tapak telah dikenalpasti dan akan diurus oleh Pejabat Tanah untuk proses kelulusan.Apabila semuanya selesai maka proses temuduga pemohon yang berkelayakan akan dijalankan.Pertemuan dengan pemimpin setempat,pegawai yang terlibat bersama ADUN diadakan bagi memastikan segala prosedur ditepati.Semoga selepas ini masalah tapak/lot rumah yang selama ini menjadi harapan mereka akan dapat diselesaikan dengan baik.Inilah bukti yang selama ini pihak kerajaan memang begiti prihatin dan semua yang dirancang bukan omongan kosong semata seperti yang digemburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Teruskan...

Friday, November 18, 2011

MENYAMPAI BANTUAN...SAUDARA BARU..

Dalam kesibukan memberikan yang terbaik untuk masyarakat,komuniti minoriti tetap tidak dilupa.Sebaik mungkin kebajikan dan peningkatan tahap kehidupan mereka tetap menjadi perhatian.Dewasa ini terdapat ramai kalangan masyarakat orang asli yang telah menerima hidayah dan memeluk Agama Islam.Justeru,adalah menjadi kewajipan untuk memestikan mereka ini terus dibela nasibnya agar tidak rasa terpinggir dari arus kemodenan.Tinjauan yang dibuat mendapati ada perkara yang perlukan tindakan segera termasuk pendidikan anak-anak,skim perumahan yang lebih selesa,rawatan perubatan penyakit serta masalah pengenalan diri.Rata-rata yang ditemui melahirkan harapan agar segala permasalahan yang diutaraka dapat diselesaikan demi mengubah taraf kehidupan mereka.Terima kasih kepada KEMAS yang turut menyumbangkan bantuan makanan dan persalinan pakaian sembahyang untuk warga tersebut.Teruskan...

Thursday, November 17, 2011

JEJAK ASPIRASI...ZIARAH PESAKIT,MASYARAKAT PRIHATIN..

Dalam suasana kehidupan sekarang ini,pelbagai penyakit yang dihidapi oleh sebilangan anggota komuniti memerlukan perhatian dan pemantauan daripada anggota masyarakat yang lain agar kebajikan mereka yang terbabit ini terbela.Siri kunjungan Jejak Aspirasi Ziarah Pesakit Kronik diteruskan.Program anjuran Unit Seranta FELDA(JPM),Pengurusan Rancangan kali ini berlangsung di Felda Selancar 1.Selain bertanya khabar,pemberian sumbangan dan khidmat nasihat juga telah diberikan.Semoga dengan adanya program murni seumpama ini akan dapat meringankan tekanan bebanan yang ditanggung oleh pesakit malah memberikan semangat kepada kaum keluarga mereka yang terbabit.Insyaallah,program seumpama ini akan menjadi keutamaan pada masa ini dan seterusnya.Teruskan..

Wednesday, November 16, 2011

Aspek keselamatan masyarakat selain dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa polis,masyarakat juga memainkan peranan dengan memastikan kawasan komuniti mereka bebas daripada aktiviti yang boleh menjurus kepada berlakunya perlakuan jenayah.Salah atu daripada caranya adalah dengan menyertai badan berunifom seperti RELA dan sebagainya.Sesuaidengan slogan 1 Rumah 1 RELA,maka msayarakat dan kepimpinanFELDA Selancar 1 telah mengorak langkah ke arah ini.Orang ramai khususnya anak muda diberikan galakan untuk menganggotai pasukan RELA.Satu majlis penyerahan kad anggota baru dan pemakaian pangkat telah dilakukan oleh YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.Pegawai RELA Daerah juga turut sama dalam majlis ini selain Ketua RELA Selancar 1 dan lain lain pemimpin masyarakat.Semoga dengan adanya kawalan keselamatan,rondaan,aktiviti kemasyarakatan yang lain,masalah jenayah yang berlaku akan dapat dikurangkan atau dibanteras sama sekali.Teruskan...

MENGUTAMAKAN PENDIDIKAN GENERASI MUDA..KESEIMBANGAN..

Pendidikan anak-anak dan generasi muda amatlah penting bagi menjamin masa hadapan anak-anak.Pelbagai bantuan dan prasarana telah disalur agar mereka dapat belajar dalam suasana yang selesa dan kondusif.Pendidikan ini tidak hanya tertumpu dalam bidang akademik semata-mata malah pembentukan sahsiah dan jati diri juga dititikberatkan.Berkesempatan merasmikan Hari Kecemerlangan Akademik SK Keratong 7 dan Majlis Khatam AlQuran dan Penyampaian Hadiah di Sekolah Agama Rakyat Kafa di Felda Selancar 1.Apa yang harus diberikan perhatian adalah penglibatan kaum bapa yang dilihat berkurangan dalam majlis seumpama ini berbanding dengan kehadiran kaum wanita dan ibu..Sumbangan peruntukan yang disalur diharap akan dapat membantu para guru dan pelajar mempertingkat usaha dalam keinginan dan wawasan melihat kecemerlangan pendidikan dan sahsiah anak-anak berjaya diraih pada masa hadapan.Harapan untuk melihat segala perancangan tercapai bergantung pada usaha gigih dan komitmen yang perlu digembleng oleh seluruh warga masyarakat.Teruskan..