Saturday, July 31, 2010

PROGRAM 3 DALAM 1...DISKUSI,ZIARAH DAN INFOHIBUR.....


Bersempena dengan program Info Bestari yang diadakan di Felda Selancar 1 anjuran Jabatan Penerangan..telah diatur pelbagai program yang mana dapat memberikan manfaat secara terus kepada masyarakat setempat..

Antaranya adalah Program Dialog Dari Hati ke Hati dimana kebanyakan ketua jabatan di daerah Rompin ini telah hadir bagi menjawab dan membuat penyelesaian segara bagi setiap masalah yang dikemukakan oleh para penduduk...Pelbagai sumber bantuan dari agensi-agensi yang berkenaan juga diberitahu kepada para peserta dialog untuk disampaikan kepada ahli masyarakat...
Seterusnya adalah program ziarah pesakit kronik dimana pasakit yang diziarahi menerima sumbangan seperti kerusi roda dan lain-lain bantuan..Terimakasih juga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut sama turun padang..

Pada sebelah malamnya YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz juga turut meluangkan masa menyaksikan pentarama Jabatan Penerangan Malaysia dam menyampaikan ucapan perasmian...Ternyata program 3 dalam 1 ini banyak memberi faedah kepada masyarakat secara keseluruhannya..

Saturday, July 24, 2010

BERSAMA SAHABAT AIM-AMANAH IKHTIAR MALAYSIA...


Kesungguhan kerajaan untuk memastikan taraf hidup masyarakat diterjemah melalui pelbagai program dan kemudahan.Antaranya melalui AIM...

Para sahabat AIM dari blok Muadzam Shah dan Bukit Ibam telah berhimpun di Padang Awam BTAR sempena Hari Keluarga dan Sukanekanya...

Kehadiran YB Dato'Mohamad Sahfri ternyata menambah kemeriahan program tersebut apabila beliau turut turun padang mengambil bahagian dalam acara sukaneka.

Dalam ucapannya beliau mengingatkan para sahabat AIM supaya sentiasa berfikiran positif dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup keluarga...

Friday, July 23, 2010

TURUN PADANG...JUMPA DAN SELESAIKAN MASALAH...

Hari ini sebagaimana biasa,Program turun padang mengambil tempat...Lokasinya adalah Ladang Kota Bahagia...di mana Tadika telah mengadakan sukan bagi para pelajar dan ibubapanya..Pelbagai acara telah dijalankan..

Apa yang penting adalah selain daripada berjumpa masyarakat tetapi adalah pernyataan masalah masyarakat setempat yang dapat didengari secara terus..Jadi...mana yang boleh di selesaikan akan dapat dilakukan secepat mungkin..

Selepas itu ke perjumpaan tertutup bersama RELA dan golongan muda bagi membincangkan masalah keselamatan kawasan kampung dengan cadangan mewujudkan KRT bagi menangani kes-kes jenayah yang semakin meningkat.Bagi golongan muda pula menyuarakan masalah tapak untuk memdirikan rumah yang semakin mendesak kerana sekian lama enumpang tinggal bersama kelurga walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri...

Bagi pihak YB ADUN tentunya setiap masalah yang dikemukakan akan diambil perhatian dan tindakan yang bersesuaian...manakala rakyat juga wajar bersabar dan terus memberikan kerjasama yang erat....

Monday, July 19, 2010

MASYARAKAT ORANG ASLI JUGA DIUTAMAKAN...

Walaupun perkampungan orang asli ini terletak agak jauh di pedalaman ianya bukanlah alasan mengapa pembangunan dan kemudahan infrastruktur bagi mereka diambil mudah.Pelbagai perancangan pembangunan telah mula menampakkan hasil dan banyak lagi bakal mendatang..

Baru-baru ini YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab.Aziz,ADUN Bukit Ibam telah mengadakan tinjauan mesra ke perkampungan tersebut bagi melihat sendiri pembangunan prasarana yang telah berjaya dilaksanakan...

Antara lokasi yang dilawati adalah Kg.Ganuh dimana projek bekalan elektrik solar dan bekalan air bersih telah dibangunkan..Kemudian ke Kg.Jubau bertemu masyarakat dan berbincang tentang masalah yang dihadapi..Lawatan berakhir di Kg.Langkap Dalam dimana meninjau tapak pagi projek perumahan PPRT.Sebanyak 8 buah rumah PPRT telah diluluskan pembinaannya.

Rata-rata masyarakat orang asli yang ditemui melahirkan rasa terimakasih kepada YB Dato'ADUN yang begitu prihatin akan keperluan dan kemudahan asas yang sememangnya menjadi keperluan kepada seluruh masyarakat walaupun tinggal jauh dipedalaman..