Sunday, February 20, 2011

SEHARI DI KAWASAN...JUMPA DAN CUBA SELESAI..

Sepanjang hujung minggu ini telah disusun 3 program sehari suntuk di kawasan.Seboleh mungkin bertemu seberapa ramai anggota masyarakat untuk mendengar sendiri masalah yang dihadapi selain bersama-sama meraikan program yang telah diatur..

Bermula dengan menghadiri sambutan Maulidurrasul di Desa Keratong Indah yang majoriti penghuninya adalah golongan muda FELDA dan antara masalah yang dikemukakan adalah masalah pembinaan surau di kariah mereka.

Seterusnya ke Karnival Sukan Tahunan SK Keratong Dua di mana beliau sendiri turut mengambil bahagian dalam acara sukaneka disamping menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Program seterusnya adalah ke Kampung Rekoh di mana Program Khidmat Komuniti oleh 240 pelatih PLKN yang bergotong-royong membersihkan kawasan kampung yang teruk dilanda banjir baru-baru ini..Bantuan berupa barangan makanan juga telah disalurkan yang mana kali ini adalah sumbangan Yayasan FELDA Pahang Selatan.Terimakasih kepada semua pihak yang telah menyumbang..Berat sama dipikul..

Saturday, February 12, 2011

AL-FATEHAH...ADUN KERDAU MENINGGAL DUNIA...


Bagi pihak seluruh warga DUN Bukit Ibam dan Parlimen Rompin ingin merakankan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Zaharuddin Bin Abu Kassim yang telah kembali ke rahmatullah.

Sebelum ini beliau telah mendapat rawatan sebanyak 2 kali akibat tekanan darah yang tidak stabil selain pernahmenerima rawatan lebih dua bulan di IJN kerana komplikasi buah pinggang dan jantung selepas menjalani pembedahan ulser usus di HOSHAS Mei 2010..

Sepanjang berkhidmat sebagai Wakil Rakyat tentunya banyak jasa dan pengorbanan yang telah beliau lakukan di DUN Kerdau khususnya..

Marilah kita sama-sama berdoa agar rohnya akan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.Setiap yang hidup itu pasti akan menghadap Ilahi dan kita yang masih hidup ini perlu meneruskan perjuangan demi agama,bangsa dan negara..Sekali lagi salam takziah dari Warga DUN Bukit Ibam..Amin....

Sunday, February 6, 2011

KONVOI PENGHANTARAN BANTUAN BANJIR...KG JUBAU@LANGKAP..


Konvoi kali ini adalah di antara yang paling mencabar kerana menghadapi laluan sukar,jambatan terputus,laluan dinaiki air dan jalan terputus.Namun berkat kerjasama semua rakan,rintangan ini berjaya diharungi dan dapat sampai ke lokasi dengan selamat.
Kerjasama daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat,Bomba danPenyelamat serta Skuad Sukarelawan Pemuda ternyata memberikan semangat jitu demi memastikan bantuan dapat diagihkan kepada masyarakat orang asli yang tinggal jauh di pedalaman..

Ternyata kehadiran konvoi mengunjungi masyarakat OA ini disambut dengan gembira kerana mereka ini telah mengalami kesulitan untuk keluar mendapatkan bekalan makanan akibat jalan terputus dan jambatan pula rosak.Keadaan ini amat membahayakan untuk mereka dan bantuan harus disalurkan walau dengan apa cara sekalipun.

Bagi pihak ADUN,ingin merakamkan ucapan terimakasih kepada semua yang telah bersama-sama terlibat dengan misi mencabar kali ini.Pengorbanan semua rakan memberikan semangat kepada pihak ADUN untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat yang ternyata amat memerlukan pertolongan.Syabas dan tahniah diucapkan.Jasamu di kenang..

Thursday, February 3, 2011

DAULAT TUANKU..LAWATAN KDYMM SULTAN KE DUN BUKIT IBAM..


KDYMM Sultan Pahang telah berkenan mencemar Duli ke DUN Bukit Ibam setelah beberapa kampung di DUN ini telah dilanda banjir.Kampung-kampung tersebut adalah seperti Kg Rekoh,RPS Bukit Serok,Meripuh dan beberapa kampung lagi.
Sebagai seorang sultan yang berjiwa rakyat,baginda begitu mengambil berat akan kebajikan rakyat baginda yang ditimpa musibah dan memberikan ingatan kepada agensi yang berkenaan agar sentiasa menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan..

Baginda juga meluangkan masa menemui mangsa-mangsa banjir untuk melihat sendiri bantuan yang diberikan termasuklah soal makanankemudahan asas dan hal yang berkaitan.

Taklimat juga dipersembahkan kepada KDYMM Sultan oleh Tuan Pegawai Daerah tentang perjalanan operasi banjir kali ini.

Bagi pihak seluruh warga DUN Bukit Ibam,patik merakamkan setinggi-tinggi terimakasih atas keprihatinan Tuanku yang berkenan mencemar Duli bertemu rakyat jelata yang ditimpa musibah banjir kali ini..