Saturday, March 19, 2011

KERAJAAN PRIHATIN...WANG IHSAN MANGSA BANJIR..


Kejadian banjir yang berlaku di sekitar kawasan rendah DUN Bukit Ibam baru-baru ini sedikit sebanyak memberikan kesan kesulitan kepada mangsanya.Bantuan segera dipusat pemindahan bencana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ternyata memberikan kelegaan dan meringankan bebanan yang ditanggung.

Sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan untuk menyalurkan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir telahpun dilaksanakan sebaik sahaja segala laporan dan dokumen berkaitan siap diproses.

Majlis penyerahan secara ringkas tetapi penuh bermakna telah di lakukan di Kampung Rekoh,RPS Bukit Serok,dan Kampung Aur di dalam DUN Bukit Ibam.Turut hadir di majlis yang diseliaurus JKM Rompin ini adalah YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz.

Rakyat menyatakan rasa gembira dan bersyukur atas pengagihan wang ihsan ini dan ternyata slogan Rakyat Didahulukan bukanlah omongan kosong kerajaan.Terimakasih daun keladi..

Tuesday, March 8, 2011

TAHNIAH...BN MENANG LAGI..


Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan calon BN di sepanjang kempen PRK DUN Kerdau.Sesungguhnya kemenangan ini adalah hasil kerjakeras semua pihak dan pastinya melalui perancangan sistematik dan pelaksanaan gerakkerja yang tersusun.

Bagi pihak Penerangan UMNO Negeri Pahang juga,ingin mengucapkan terimakasih kepada semua petugas yang telah menunjukkan semangat kerja yang jitu sehingga BN mencapai kemenangan dengan begitu cemerlang kali ini.Marilah kita sama-sama mempertingkat usaha dan tindakan serta gerakkerja yang lebih bermakna dalam usaha memastikan BN menguasai semula kawasan yang dimenangi oleh pihak lawan.
Kemenangan kali ini juga membuktikan kepada kita bahawa rakyat sebenarnya sudah jelak dengan politik murahan pembangkang yang langsung tidak menunjukkan keupayaan untuk memerintah dan membela nasib rakyat yang diwakili.

Sekali lagi tahniah dan syabas kepada semua petugas,pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab...Teruskannnn...