Saturday, March 19, 2011

KERAJAAN PRIHATIN...WANG IHSAN MANGSA BANJIR..


Kejadian banjir yang berlaku di sekitar kawasan rendah DUN Bukit Ibam baru-baru ini sedikit sebanyak memberikan kesan kesulitan kepada mangsanya.Bantuan segera dipusat pemindahan bencana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ternyata memberikan kelegaan dan meringankan bebanan yang ditanggung.

Sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan untuk menyalurkan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir telahpun dilaksanakan sebaik sahaja segala laporan dan dokumen berkaitan siap diproses.

Majlis penyerahan secara ringkas tetapi penuh bermakna telah di lakukan di Kampung Rekoh,RPS Bukit Serok,dan Kampung Aur di dalam DUN Bukit Ibam.Turut hadir di majlis yang diseliaurus JKM Rompin ini adalah YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz.

Rakyat menyatakan rasa gembira dan bersyukur atas pengagihan wang ihsan ini dan ternyata slogan Rakyat Didahulukan bukanlah omongan kosong kerajaan.Terimakasih daun keladi..

No comments: