Wednesday, November 24, 2010

KEPENTINGAN PENDIDIKAN..TANGGUNGJAWAB SEMUA..


Memang sudah menjadi kewajiban semua pihak dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik anak-anak.Baik pihak sekolah,masyarakat,ibubapa dan pemimpin mempunyai peranan yang tersendiri.

Ini adalah kerana segala usaha yang ingin dibuat pastinya memerlukan komitmen dan perhatian yang bukan sedikit...

Justeru,bagi pihak YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz selaku ADUN Kawasan sememangnya amat mengambil perhatian yang serius terhadap kecemerlangan akademik di setiap sekolah di DUN Bukit Ibam.

Melalui Program Sekolah Angkat misalnya telah menaikkan pencapaian SK Kota Bahagia di mana 8 orang palajar telah mencapai 5A dalam UPSR 2010 dan yang lebih membanggakan adalah pencapaian100% dalam subjek Sains..

Beliau juga telah mengumumkan SK LKTP Keratong 4 sebagai sekilah angkatnya pada tahun 2011 nanti akibat daripada pencapaian yang kurang memberangsangkan pada tahun ini..

Moga langkah proaktif ini akan membuahkan hasil yang baik di masa akan datang..insyaallah..

Saturday, November 13, 2010

MESYUARAH,DISKUSI LANGKAH KE HADAPAN..

Dalam usaha untuk menjadikan masjid sebagai sebuah institusi masyarakat yang berkesan maka sesuatu perlu digerakkan agar masjid dan kariahnya sentiasa imarah dengan aktiviti yang bersesuaian dan selari dengan kehendak semasa selagi ianya berada pada landasan yang dibenarkan.

Sehubungan dengan itu,YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab.Aziz,ADUN Bukit Ibam telah mengambil inisiatif menemui pegawai-pegawai masjid bagi mendapatkan maklumat tentang program yang telah dan bakal dilaksanakan kearah menjadikan masjid sebuah institusi yang berkesan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

Pertemuan dengan pegawai-pegawai masjid FELDA Keratong 5 telah diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat

Banyak informasi telah dapat disalurkan oleh YB ADUN dan telah merangka pelbagai program dalam masa yang terdekat ini.

Semoga program seumpama ini akan dapat menjadikan masjid sebagai tempat untuk komuniti beraktiviti dan berkomunikasi.INSYAALLAH...

Monday, November 8, 2010

SEHARI BERSAMA MASYARAKAT...DENGARI MASALAH DAN CUBA BANTU..

Setiap kali turun ke padang menemui pengundi dan masyarakat tentunya sebaik dan seboleh mungkin ingin bertemu dengan seberapa ramai ahli masyarakat.Sekurang-kurangnya tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan masalah yang diutarakan..

Bermula dengan ziarah kematian,gotong-royong,majlis kenduri,tahlil dan ziarah pesakit kronik adalah menjadi sebahagian daripada agenda tetap selain daripada acara mahupun program rasmi yang direncanakan.

Maklumbalas yang diterima menunjukkan kaedah sebegini lebih berkesan daripada mengadakan program mega di mana kesannya tidaklah begitu menyerlah.

Pendekatan sebegini membolehkan permasalahan masyarakat dapat didengar secara terus tanpa sebarang karenah birokerasi dan protokol yang menyusahkan.

Pemimpin kecil masyarakat juga perlu kerap turun ke kawasan untuk mencari MASALAH rakyat seterusnya dibawa ke pengetahuan pemimpin untuk penyelesaian.Tidak termampu rasanya YB untuk bersendirian tanpa pertolongan dan kerjasama semua pihak terbabit

Wednesday, October 27, 2010

LAGI ZIARAH.....ALFATIHAH..


Walaupun dalam kesibukan dengan tugas rasmi kerajaan,namun apabila mendapat berita berlaku musibah di kawasan maka kunjungan ziarah diatur untuk mendapat khabar berita secara terus.
Kemalangan jalanraya yang meragut nyawa anak kepada Encik Ahmad bin Jantan(Abg Rie Backhoe)di Felda Keratong 1 baru-baru ini di Lebuhraya Tun Razak sewaktu pulang bercuti benar-benar mengejutkan kerana pada masa itu beliau juga berada di Kuala Lumpur sempena PAU 2010.

Kunjungan ini diharap dapat meringan beban perasaan dan kesedihan keluarga di samping memberi semangat untuk menghadapi dugaan Ilahi.

Satu majlis bacaan tahlil bersama rakan taulan juga turut diadakan.Keluarga allahyarham ternyata masih bersedih namun gembira dengan kehadiran dan keprihatinan YB Dato'Haji Mohamad Sahfri yang telah memimpin bacaan tahlil dan doa selamat.

Semoga roh arwah akan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh...Takziah dari kami warga Keratong dan ADUN Bukit Ibam khususnya.Amin..

Monday, October 4, 2010

KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU DAERAH ROMPIN..


Satu program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu anjuran Biro Pengaduan Awam Peringkat Daerah Rompin telah diadakan di Dewan Orang ramai BTAR baru-baru ini.Objektifnya adalah memberi peluang kepada orangramai untuk berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan.Banyak agensi dan jabatan kerajaan telahpun membuka kaunter untuk kemudahan orang ramai.

Turut hadir ke program tersebut adalah YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam,Dato'Pegawai Daerah dan Pengarah Biro Pengaduan Awan Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain.
Semoga dengan penganjuran program seumpama ini akan dapat memberikan lebih informasi kepada masyarakat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih cepat dan berkesan.

Bagi pihak ADUN Bukit Ibam,diucapkan sekalung terima kasih dan tahniah dengan penganjuran program ini dan semoga ianya memberikan manfaat kepada seluruh masayarakat secara umumnya,

Sunday, October 3, 2010

KEMERIAHANNYA MASIH TERASA...JAMUAN TERBUKA...


Kemeriahan Aidil Fitri masih lagi terasa walau sudah hampir sampai ke penghujungnya.Sana-sini masih mengadakan jamuan bagi meraikan sahabat handai dan anggota masyarakat yang lain.Segalanya dilakukan secara gotong royong kerana amalan ini bukan sahaja meringankan kos malahan yang penting tentu sekali merapatkan ikatan kekeluargaan disamping merasai sendiri kepuasan hasil kerja berbanding dengan jamuan yang diurus secara katering..

Bertempat di perkarangan Pejabat FELDA Keratong 2 dan Balai Raya FELDA Keratong 3 telah diadakan sambutan tersebut dimana kosnya ditanggung bersama semua badan dalam FELDA tersebut seperti JKKR,Technoplants,GPW dan sebagainya.

Kehadiran YB Dato Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam dan YB Senator Dato Maznah Mazlan,Timbalan Menteri Sumber Tenaga Manusia telah turut memeriahkan majlis berkenaan.

Kanak-kanak pula merupakan golongan yang paling gembira kerana mereka mendapat duit raya yang dihadiahkan oleh kedua-dua orang tokoh pemimpin tersebut.Namun ..apa yang lebih penting program sebegini mampu mengerat hubungan silaturahim sesama anggota masyarakat secara keseluruhannya.

Friday, October 1, 2010

SOLAT HAJAT PERDANA..SEMOGA SEGALA USAHA BERJAYA..


Setelah bertungkus lumus membuat persiapan menghadapi peperiksaan,maka usaha yang berbentuk kerohanian juga turut dilakukan bagi memastikan segala langkah yang dilakukan mendapat keberkatan dan membuahlan hasil yang baik.

Bertempat di dewan SMK BANTURA telah diadakan solat hajat perdana bersama calon peperiksaan PMR dan SPM yang mana turut dihadiri oleh penjaga yang sememangnya begitu prihatin dengan perkembangan pencapaian akademik anak-anak mereka.

YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz yang turut meluangkan masa ke program ini telah memimpin pogram tersebut di samping menyampaikan tazkirah ringkas agar para pelajar berusaha gigih di samping berdoa agar segala usaha yang dilakukan membuahkan hasil yang cemerlang.

Para penjaga yang ditemui melahirkan rasa bangga dan gembira atas kehadiran YB ADUN yang ternyata memberikan suntikan semangat kepada anak-anak mereka untuk terus berusaha gigih..

Semoga hubungan ibubapa keluarga dan masyarakat bersama pihak pengurusan sekolah akan terus kukuh terjalin ke arah mencapai kejayaan yang lebih gemilang..

Sunday, September 26, 2010

INFRASTRUKTUR DISEDIA ....SYIAR ISLAM DISEBAR...


Dalam kerancakan sambutan Aidil Fitri di sana sini,masyarakat Orang Asli juga tidak dipinggirkan..Untuk makluman memang agak ramai OA yang telah memeluk agama Islam di sekitar DUN Bukit Ibam..Jadi satu sambutan Aidil Fitri telah di adakan di RPS Buluh Nipis..

Program yang di anjurkan oleh Yayasan Pahang ini telah memastikan bahawa syiar Islam dapat dihayati dengan baik oleh mereka yang telah memeluk Islam.

Antara aturcara yang dijalankan adalah gotong-royong mengecat dan menghias surau,penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang,ibu tunggal selain jamuan Aidil Fitri..Acara kemuncak adalah penyampaian 4 buah motosikal oleh Yayasan Pahang kepada pendakwah (PETAMA) untuk kemudahan menyampaikan dakwah di kalangan masyarakat OA..

YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam juga turut bersama hadir memeriahkan majlis tersebut.

Sekalung tahniah kepada Yayasan Pahang terutama kepada YH Dato'Pengarah Yayasan Pahang yang begitu komited melaksanakan program mentebar dan meningkatkan kefahaman terhadap agama Islam di kalangan OA..

Wednesday, September 8, 2010

ZIARAH RAMADHAN...ACARA TRADISI..


Dengan Ramadhan yang tinggal hanya beberapa hari untuk melabuhkan tirainya..maka golongan yang sakit juga tidak dilupakan..Ziarah Ramadhan yang dilakukan sekurang-kurang dapat meringankan bebenan tekanan yang dipikul oleh pesakit dan menghibur perasaan keluarga pesakit tersebut.

Justeru,dalam kunjungan ziarah Ramadhan yang diadakan di Felda Selancar 1 oleh YB Dato' Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam telah berjaya mengubati kesedihan pesakit tersebut di samping memberikan semangat kepada keluarga pesakit agar redha dengan ketentuan-Nya..

Sebelum itu,beliau juga sempat dalam mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat di Selancar 1 dimana penyediaannya diurus oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin bagi Zon Selancar..

Beliau kemudiannya berbuka puasa dengan para penduduk dan seterusnya berjemaah menunaikan solat Maghrib..

Semoga dengan program sebegini akan dapat merapatkan hubungan antara masyarakat di samping meringankan bebenan dan kepayahan yang ditanggung rakyat...

Monday, August 23, 2010

PEMIMPIN PRIHATIN RAKYAT TERBELA...

Bersempena dengan kedatangan Ramadhan sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini telah berlangsung penyampaian sumbangan kepada warga yang memerlukan di Masjid Al Nadhah Bukit Ibam..

Penyampaian bantuan adalah hasil sumbangan YAM Tengku Puteri Lela Manja Pahang dan rombongannya.Majlis yang bermula selepas sahaja berbuka puasa dan solat Maghrib.

YB.Dato' Mohamad Sahfri Ab.Aziz,ADUN Bukit Ibam juga tidak ketinggalan hadir bersama ke majlis ini bagi meraikan kunjungan rombongan YAM Tengku Puteri Lela Manja keBukit Ibam.

Menurut YB.Dato'..YAM amat berkenan dan gembira dengan program yang diadakan ini dan berharap akan dapat datang lagi untuk acara yang lain pula..Kecil Tapak Tangan,Nyiru patik Tadahkan..

Rata-rata penerima sumbangan melahirkan rasa syukur dan gembira atas keprihatinan YAM dan rombongannya atas kesulitan rakyat dan sanggup bertemu rakyat jelata bagi melihat sediri kehidupan rakyat di Bukit Ibam ini..Sesungguhnya Istana dan rakyat berpisah tiada..