Sunday, May 22, 2011

PROGRAM INFO DESA 1MALAYSIA..MESRA RAKYAT..

Dalam memastikan rakyat mendapat informasi tepat maka dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Rompin,satu program Info Desa telah diadakan di perkarangan Masjid Bandar Melati.Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah turut sama mengambil bahagian.Antaranya SPR,Pendaftaran Negara,Kesihatan,JKM,RELA,Polis dan berbagai lagi.Masyarakat ternyata gembira dengan program seumpama ini kerana mereka dapat berurusan secara terus dengan jabatan terbabit tanpa menunggu masa yang lama.Majlis dialog dan ramah mesra dengan ketua-ketua jabatan juga telah diadakan dimana penduduk mengutarakan permasalahan yang mereka hadapi untuk mendapat penyelesaian.Selain itu program ziarah pesakit kronik dan warga emas,sukaneka rakyat dan ceramah juga telah diadakan sempena dengan program ini.Tahniah dan terimakasih kepada semua yang terlibat dan berharap agar program semupama ini akan diadakan secara berkala mengikut zon-zon yang telah ditetapkan.Teruskan...

Monday, May 9, 2011

AL-FATEHAH.PERGINYA SEORANG PEJUANG,PEMIMPIN,DAN RAKAN..


Al-Fatehah.Politik Rompin khususnya DUN Bukit Ibam telah kehilangan buat selamanya apabila Allahyarham Ramli bin Hussain selaku Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Ibam telah menghembus nafas terakhir di HTAA akibat komplikasi serangan jantung.




Allahyarham adalah merupakan seorang pejuang masyarakat khasnya di DUN Bukit Ibam ini dan kehilangannya amat dirasai.Antara tugas yang disandang semasa hayatnya adalah Ahli Majlis Daerah Rompin,Jawatankuasa UMNO Bahagian Rompin,Lembaga Pelawat Hospital,Setiausaha JKKR Felda Keratong 2 dan banyak lagi yang tidak dapat dinyatakan.

Bagi pihak ADUN Bukit Ibam ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Penghargaan dan ucapan terimakasih tidak terhingga atas jasa dan bakti yang ditaburkan semasa hayat Allahyarham.Sekali lagi sekalung takziah.Amin.

Tuesday, May 3, 2011

KERJASAMA KOMUNITI..ERATKAN PERSEFAHAMAN..

Memang sudah dinyatakan"bulat air kerana pembetung,bulat masyarakat kerana muafakat.Dalam merancang dan melaksanakan sesuatu progran,semangat kerjasama adalah merupakan satu elemen yang penting.





Bertempat di Padang Awam Kota Bahagia telah diadakan Kejohanan Bolasepak 9 sebelah dan pesta sukaneka.Kemeriahan jelas terpancar apabila segenap lapisan masyarakat membanjiri padang untuk turut sama memberikan sokongan moral pada acara yang diadakan.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam yang turut sama mengambil bahagian dalam perlawanan pertunjukkan bolasepak.

Program seumpama ini ternyata begitu berkesan dalam mengukuhkan perpaduan selain membolehkan gaya hidup sihat dapat menjadi amalan masyarakat.

Bagi pihak ADUN,diucapkan sekalung tahniah kepada jawatankuasa pengelola yang telah berjaya menjadikan acara ini berjaya dan lancar.Tahniah dan teruskan..

Monday, May 2, 2011

PROGRAM BERTEMU RAKYAT..DEKATI MASYARAKAT..

Sepanjang sambutan Hari Pekerja dan cuti umum,pelbagai program telah dirancang bagi menguatkan semangat persefahaman dalam komuniti dan masyarakat.Aktiviti sihat termasuk gotong-royong,sukan,sukaneka dan ziarah prihatin telah mengambil tempat dalam jadual turun padang.




Bermula dengan gotong-royong perdana di Pusat Kesihatan Perwira Jaya,kunjung ziarah pesakit kronik dan seterusnya bersama masyarakat di padang awam untuk acara futsal,petanque dan ramah mesra bersama masyarakat.

Respon yang diterima adalah positif kerana selain bertemu secara terus,pelbagai masalah yang dihadapi akan cuba diselesaikan dengan sebaik mungkin.Ditambah pula dengan penglibatan secara terus pemimpin dalan acara tertentu yang telah diadakan.

Bagi pihak ADUN,merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam merancang dan melaksanakan program tersebut.Tahniah dan teruskan,,