Wednesday, October 27, 2010

LAGI ZIARAH.....ALFATIHAH..


Walaupun dalam kesibukan dengan tugas rasmi kerajaan,namun apabila mendapat berita berlaku musibah di kawasan maka kunjungan ziarah diatur untuk mendapat khabar berita secara terus.
Kemalangan jalanraya yang meragut nyawa anak kepada Encik Ahmad bin Jantan(Abg Rie Backhoe)di Felda Keratong 1 baru-baru ini di Lebuhraya Tun Razak sewaktu pulang bercuti benar-benar mengejutkan kerana pada masa itu beliau juga berada di Kuala Lumpur sempena PAU 2010.

Kunjungan ini diharap dapat meringan beban perasaan dan kesedihan keluarga di samping memberi semangat untuk menghadapi dugaan Ilahi.

Satu majlis bacaan tahlil bersama rakan taulan juga turut diadakan.Keluarga allahyarham ternyata masih bersedih namun gembira dengan kehadiran dan keprihatinan YB Dato'Haji Mohamad Sahfri yang telah memimpin bacaan tahlil dan doa selamat.

Semoga roh arwah akan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh...Takziah dari kami warga Keratong dan ADUN Bukit Ibam khususnya.Amin..

Monday, October 4, 2010

KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU DAERAH ROMPIN..


Satu program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu anjuran Biro Pengaduan Awam Peringkat Daerah Rompin telah diadakan di Dewan Orang ramai BTAR baru-baru ini.Objektifnya adalah memberi peluang kepada orangramai untuk berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan.Banyak agensi dan jabatan kerajaan telahpun membuka kaunter untuk kemudahan orang ramai.

Turut hadir ke program tersebut adalah YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam,Dato'Pegawai Daerah dan Pengarah Biro Pengaduan Awan Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain.
Semoga dengan penganjuran program seumpama ini akan dapat memberikan lebih informasi kepada masyarakat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih cepat dan berkesan.

Bagi pihak ADUN Bukit Ibam,diucapkan sekalung terima kasih dan tahniah dengan penganjuran program ini dan semoga ianya memberikan manfaat kepada seluruh masayarakat secara umumnya,

Sunday, October 3, 2010

KEMERIAHANNYA MASIH TERASA...JAMUAN TERBUKA...


Kemeriahan Aidil Fitri masih lagi terasa walau sudah hampir sampai ke penghujungnya.Sana-sini masih mengadakan jamuan bagi meraikan sahabat handai dan anggota masyarakat yang lain.Segalanya dilakukan secara gotong royong kerana amalan ini bukan sahaja meringankan kos malahan yang penting tentu sekali merapatkan ikatan kekeluargaan disamping merasai sendiri kepuasan hasil kerja berbanding dengan jamuan yang diurus secara katering..

Bertempat di perkarangan Pejabat FELDA Keratong 2 dan Balai Raya FELDA Keratong 3 telah diadakan sambutan tersebut dimana kosnya ditanggung bersama semua badan dalam FELDA tersebut seperti JKKR,Technoplants,GPW dan sebagainya.

Kehadiran YB Dato Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam dan YB Senator Dato Maznah Mazlan,Timbalan Menteri Sumber Tenaga Manusia telah turut memeriahkan majlis berkenaan.

Kanak-kanak pula merupakan golongan yang paling gembira kerana mereka mendapat duit raya yang dihadiahkan oleh kedua-dua orang tokoh pemimpin tersebut.Namun ..apa yang lebih penting program sebegini mampu mengerat hubungan silaturahim sesama anggota masyarakat secara keseluruhannya.

Friday, October 1, 2010

SOLAT HAJAT PERDANA..SEMOGA SEGALA USAHA BERJAYA..


Setelah bertungkus lumus membuat persiapan menghadapi peperiksaan,maka usaha yang berbentuk kerohanian juga turut dilakukan bagi memastikan segala langkah yang dilakukan mendapat keberkatan dan membuahlan hasil yang baik.

Bertempat di dewan SMK BANTURA telah diadakan solat hajat perdana bersama calon peperiksaan PMR dan SPM yang mana turut dihadiri oleh penjaga yang sememangnya begitu prihatin dengan perkembangan pencapaian akademik anak-anak mereka.

YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz yang turut meluangkan masa ke program ini telah memimpin pogram tersebut di samping menyampaikan tazkirah ringkas agar para pelajar berusaha gigih di samping berdoa agar segala usaha yang dilakukan membuahkan hasil yang cemerlang.

Para penjaga yang ditemui melahirkan rasa bangga dan gembira atas kehadiran YB ADUN yang ternyata memberikan suntikan semangat kepada anak-anak mereka untuk terus berusaha gigih..

Semoga hubungan ibubapa keluarga dan masyarakat bersama pihak pengurusan sekolah akan terus kukuh terjalin ke arah mencapai kejayaan yang lebih gemilang..