Friday, February 24, 2012

BR1M..PENYELARASAN TUGAS MELANCAR PROGRAM..

Memandangkan bahawa program penyampaian Baucer BR1M untuk Fasa kedua ini melibatkan jumlah penerima yang ramai iaitu lebih kurang 3000 penerima,maka pejabat ADUN telah mengambil inisiatif untuk mengadakan mesyuarat penyelarasan tugas bagi mememastikan segalanya berjalan lancar tanpa menimbulkan masalah kepada penerima dan juga urusetia.Antara yang hadir ke perjumpaan ini termasuklah Jabatan yang berkaitan,Keselamatan,JPAM,RELA,Ketua Kampung,Ketua Cawangan dan dipengerusikan sendiri oleh YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.Moga dengan mengambilkira lelemahan yang timbul semasa BR1M Fasa Pertama yang lalu,penambahbaikan dapat dibuat agar program Fasa 2 ini akan dapat dijalankan dengan lancar,tersusun dan memberikan keselesaan kepada penerima dan memudahkan tugas urus setia.Program BR1M ini ternyata memberikan impak yang besar terhadap masyarakat secara keseluruhannya.Terima kasih kerajaan..Teruskan..

Wednesday, February 22, 2012

PROGRAM MESRA DAKWAH...ILMU AKHIRAT TETAP KEUTAMAAN..

Menginsafi bahawa keseimbangan dalam mengejar kebahagiaan hidup di dunia,bekalan untuk akhirat juga tetap menjadi keutamaan.Program Mesra Dakwah Peringkat DUN Bukit Ibam telah pun diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP)bertempat di Kampung Rekoh Baru.Pelbagai aturcara berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan penglibatan seluruh warga kampung bermula dari awal pagi hingga ke lewat malam.Antara acara yang dijalankan termasuklah gotong-royong,Ziarah Kasih,Pemeriksaan Kesihatan,Kursus penyembelihan haiwan secara teori dan praktikal,sukaneka,persembahan nasyid serta acara kemuncaknya adalah Forum Perdana..ceramah agama.Bagi pihak ADUN ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dengan komitmen tinggi sehingga program telah dapat dijalankan dengan jayanya.Tahniah juga kepada penduduk kampung yang memberikan sambutan yang amat baik dalam setiap program yang diatur.Teruskan...

Tuesday, February 14, 2012

SAMBUTAN MAULIDURASUL..MENERUS PERJUANGAN..

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul,sambutan bagi mengenang perjuangan baginda Junjungan Besar telah diadakan di Masjid Felda Keratong 2.Acara dimulakan dengan perarakan sambil bersalawat.Antara kontigen yang turut sama mengambil bahagian adalah masyarakat peneroka,pelajar sekolah dan tidak ketinggalan RELA dan JPAM.Ceramah agama juga telah diadakan selain pertandingan kontigen terbaik serta pertandingan sepanduk.YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam juga telah sempat bersama-sama masyarakat dan menyampaukan hadiah kepada para pemenang mengikut kategori masing-masing.beliau juga mengingatkan hadirin agar sentiasa menerapkan nilai murni sunnah nabi dalam kehidupan seharian.Teruskan..

Monday, February 13, 2012

PENDIDIKAN...PERKONGSIAN PINTAR..







Pendidikan adalah salah satu elemen penting dalam melahirkan masyarakat berilmu serta generasi berwawasan sesuai dengan seruan kerajaan.Salah satu progran yang telah dijayakan adalah menyambut kehadiran 43 pendidik daripada Karimun Indonesia oleh JKKK Bukit Ibam di SK.Bukit Ibam.Lawatan ini adalah sebagai kunjungan balas MGB Rompin baru-baru ini.Sesi bertukar pandangan serta ramah mesra telah diadakan dalam keadaan santai dan mesra.Apa yang menarik rombongan ini juga turut disertai oleh seorang Ahli DPR bagi Wilayah Karimun yang ternyata begitu teruja dengan program yang di atur.Antaranya adalah lawatan ke salah sebuah sekolah di Rompin ini bagi melihat sendiri sistem pembelajaran di sini yang nyata lebih jauh kehadapan berbanding negara mereka.Bagi pihak ADUN,ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada JKKK Bukit Ibam serta MGB..Majlis Guru Besar Daerah Rompin yang telah berganding bahu sehingga program ini dapat dijalankan dengan lancar.Teruskan....

Sunday, February 5, 2012

HARGAI SUMBANGAN...TERUSKAN KHIDMAT..BERSAMA JPAM..

Kewujudan JPAM..Jabatan Pertahanan Awam di DUN dan bertaraf pejabat daerah adalah sesuatu yang amat dialu-alukan.Setiap kali berlaku acara besar di kawasan mahupun bencana maka JPAM akan sentiasa bersedia untuk dikerahkan ke lokasi.Kelibat JPAM ini juga akan sentiasa kelihatan di jalanraya utama setiap musim perayaan memantau dan memberi bantuan kecemasan apabila diperlukan.Justeru,dalam majlis ramah mesra yang diatur,kesempatan digunakan untuk mengucapkan tahniah dan syabas ayas kecemerlangan khidmat yang telah ditabur.Pelbagai rancangan juga telah diatur bagi menambahbaik prestasi selain mengumumkan kelulusan peruntukan ADUN yang disambut baik oleh anggota yang hadir pada sesi pertemuan itu.Sekalung tahniah dan terima kasih sekali lagi bagi pihak ADUN dan masyarakat khususnya.TERUSKAN....

BR1M..MOGA MERINGAN BEBANAN..MENSYUKURI PEMBERIAN..

Sesungguhnya slogan Rakyat Didahulukan bukanlah hanya rektorik semata.Pengisian borang BR1M yang begitu mudah bagi membolehkan rakyat mendapat bantuan BaucerRM500 seringkali menjadi ejekan pembangkang.Realitinya apabila Fasa 1,pembayaran dibuat bilangan yang berjaya adalah melebehi 1700 penerima dan mereka ini berduyun-duyun untuk mengambil bayaran dan ianya menggambarkan masyarakat tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang seringkali mempersenda apa jua kebajikan/program yang kerajaan laksanakan.Rata-rata penerima mengucapkan terimakasih dan bersyukur kerana inilah yang menunjukkan janji kerajaan adalah janji yang realistik dan bukan palsu sebagaimana janji yang dilaungkan pembangkang.Bagi pihak ADUN ingin merakan penghargaan kepada semua yang berkerjasama dalam memastikan program BR1M ini dapat dijalankan dengan jayanya.TERUSKAN....

Wednesday, February 1, 2012

ZIARAH KASIH THE SIRIES...PRIHATIN&AMBIL BERAT...

Sebagaimana selalu,program ziarah pesakit kronik adalah menjadi keutamaan kerana statistiknya sentiasa berubah.Saban hari ada sahaja pesakit baru yang masuk dalam data simpanan yang memerlukan perhatian segera.Kunjungan seumpama ini sebenarnya akan dapat meringan beba.nan pesakit dan tekanan keluarga terbabit.Khidmat nasihat,bantuan berkaitan akan sentiasa diberi bagi memastikan rawatan dan kebajikan sentiasa terjaga.Kali ini program Ziarah Kasih mengambil tempat di Felda Keratong 3 anjuran bersama KEMAS Daerah dan pemimpin setempat.Rata-rata pesakit yang sempat diziarahi melahirkan kesyukuran dan terharu atas keprihatinan masyarakat atas kesulitan dan dugaan yang mereka hadapi.Semoga dengan rawatan dan semangat yang diberi akan dapat mempercepat proses pemulihan.Bagi pihak ADUN,ingin merakankan penghargaan kepada semua yang terlibat dari mula hingga akhir program ziarah ini.Teruskan....