Monday, May 25, 2009



YB DATO' MERASMIKAN ACARA SUKAN TAHUNAN 2009 DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TUN ABDUL RAZAK

Tuesday, May 19, 2009

Monday, May 18, 2009

PROGRAM PENYAMPAIAN BANTUAN ZAKAT TELEKOM MALAYSIA







SUASANA DI PROGRAM PENYAMPAIAN BANTUAN ZAKAT TM (TELEKOM MALAYSIA) PADA 15HB MEI 2009 DI MASJID BANDAR MELATI YANG DISEMPUNAKAN OLEH YB DATO'.

Tuesday, May 12, 2009

AL-FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM SAUDARA OTHMAN BIN HARUN KETUA UMNO CAWANGAN KAMPUNG REKOH





SUASANA DI RUMAH ALLAHYARHAM KETIKA DIHARI PENGKEBUMIAN SAUDARA OTHMAN BIN HARUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA PADA 11HB MEI 2009 LEBIH KURANG JAM 3 PETANG AKIBAT SESAK NAFAS. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT ALLAH S.W.T DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN. AMIN

Friday, May 8, 2009





MERASMIKAN PROGRAM KARNIVAL PRA SEKOLAH KELOMPOK BANDAR TUN ABDUL RAZAK DI SEK.KEB LKTP KERATONG 4


MENGHADIRI PROGRAM PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN KEPADA PENDUDUK MISKIN DI KAMPUNG MERIPOH





SAMBUTAN MAULIDURASUL 1430H DI FELDA KERATONG 2

Thursday, May 7, 2009





PENYAMPAIAN BANTUAN BARANGAN UNTUK MANGSA BANJIR DI KAMPUNG REKOH

Tuesday, May 5, 2009

SELSEMA BABI AMARAN UNTUK UMAT INGKAR

Apakah yang berlaku pada masyarakat antarabangsa hari ini? Baru sahaja mereka dikejutkan dengan selsema burung dan sebelumnya sindrom pernafasan yang teruk (SARS) kini dikejutkan lagi dengan selsema babi. Belum lagi selesai masalah lama masalah baru pula yang timbul. Wabak Influenza A menjadi perbualan hangat masyarakat antarabangsa hari ini. Kira-kira 100 buah sekolah di Amerika ditutup sementara berikutan kebimbangan merebaknya virus ini. Switzerland mengesahkan kes pertama selsema babi di Negara itu apabila mangsa dimasukkan ke Hospital Baden di Aargau, bahagian utara Switzerland.

Menteri kesihatan Peru, Oscar Ugarte mengesahkan seorang wanita warga Argentina yang menetap di negara itu sebagai kes pertama pengidap selsema babi. Sekarang seluruh pelanggan media masa dunia dipaparkan berita mengenainya dan ‘terangkatlah’ nama babi yang mengikut Islam binatang najis yang haram dimakan. Sebagai benda haram sepatutnya babi dan hasil daripadanya tidak dimakan umat islam kerana menjejaskan kesahihan ibadat mereka. Hari ini banyak benda khasnya makanan dan ubat yang dicampur enzim babi sehingga kita tidak perasan soal halalnya. Kita mendengar keluhan ramai yang ubat ini ada enzim babi atau ubat itu dibuat daripada babi. Apakah kepentingan melakukan sebegitu sehingga menjejaskan kesucian umat islam?

Dalam islam ini ditegaskan seperti hadis bermaksud : Tariq Suwaid bertanya kepada Nabi SAW mengenai khamar (arak) dan baginda melarangnya. Tariq berkata : “ Aku hanya menjadikannya campuran untuk ubat.” Lalu Nabi SAW berkata lagi : “ Itu bukan ubat tetapi penyakit.” (Hadis Riwayat Ahmad). Bagi berdepan wabak seperti selsema babi, umat islam diingatkan terhadap agama suci mereka antaranya bermaksud : “ Larilah dari penderita juzam (lepra) seperti kamu lari daripada harimau.” (Hadis Riwayat Bukhari). “Apabila berlaku dalam satu negeri wabak penyakit dan kamu berada di situ jangan kamu keluar meninggalkan negeri itu. Jika terjadi ketika kamu ke luar meninggalkan negeri itu, jangan kamu memasukinya.” Hadis Riwayat Bukhari”. “Mohon kepada Allah keselamatan dan afiat (kesihatan). Sesungguhnya tiada sesuatu pemberian Allah sesudah iman lebih baik daripada kesihatan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah). Ya Allah hanya rahmat-mu yang kami harapkan maka janganlah engkau biarkan diri kami terlepas daripada kasih sayang-mu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaan kami, tiada Tuhan selain engkau. Amin.

Monday, May 4, 2009

PROGRAM KAWASAN


Ketika hadir walimatulurus di rumah keluarga En Ishak Armi Bin Abd Jalil kakitangan Teras Dara Konsortium Bandar Tun Abd Razak pada 02hb Mei 09 di majlis pernikahan anak perempuannya.






YB Dato' ketika melawat beberapa orang pesakit kronik yang ada di kawasan. YB Dato' amat perihatin akan masalah yang dihadapi oleh segenap lapisan masyarakat dan memberikan bantuan yang sepatutnya.