Thursday, December 29, 2011

INOVASI..HIDROPONIK..MENJANA PENDAPATAN..

Dalam usaha mempertingkat sumber pendapatan maka pelbagai cara diatur untuk dilaksana.Peningkatan pendapatan bermakna kehidupan akan lebih selesa dan tentunya masyarakat bertambah harmoni.Sehubungan dengan itu,satu inisiatif telah diambil bagi melibatkan komuniti menceburi bidang tanaman hidoponik.Perbengkelan dan kursus pendek yang melibatkan 50 perserta telah diadakan di Perkarangan pejabat JKKK Bukit Ibam,bagi memberikan pendedahan dan praktikal tentang cara bagaimana kaedah hidroponik ini dijalankan.Program ini dijadikan projek rintis oleh YB ADUN dan berharap banyak program seumpama ini bakal dilaksanakan di tempat-tempat yang lain.Ternyata para perserta begitu teruja dengan program ini yang nantinya bakal memberikan pendapatan tambahan kepada mereka.Bagi pihak ADUN,diucapkan tahniah kepada para perserta,juga kepada pihak yang sanggup memberikan peruntukan sehingga program kursus hidroponik ini dapat dijalankan dengan jayanya.Moga benih menjadi buah...

Wednesday, December 28, 2011

PERJUMPAAN BERSAMA ..MERANGKA PROGRAM..

Kesekian kalinya,sesi pertemuan bersama kelompok masyarakat tetap menjadi keutamaan.Untuk program kali ini adalah pertemuan bersama Jawatankuasa Persatuan Ibu Tunggal,Guru Tadika Kemas dari Kawasan Dun Bukit Ibam telah diadakan diWisma JKKR Keratong 5.Sesi penerangan isu semasa dan juga pembentangan laporan dan perancangan akan datang juga diadakan.Para hadirin juga mengambil kesempatan untuk bersoal jawab bersama YB ADUN untuk mendapatkan informasi jelas.Ternyata suasana santai ini telah berjaya merungkai beberapa permasalahan yang timbul.Semoga apa yang dirancangkan akan dapat dilaksanakan dengan berkesan ke arahkan melahirkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.

Monday, December 26, 2011

MERASAI KESULITAN WARGA..KE HUTAN SAMA DIREDAH..

Apabila sampai waktu musim tengkujuh,maka kehidupan warga orang asli yang tinggal nun jauh dipedalaman pastinya akan mengalami kesulitan akibat terputus hubungan dengan dunia luar akibat sungai melimpah serta kawasan lembah dinaiki air.Justeru,usaha segera diatur bagi memastikan bekalan makanan dapat disalur pada kadar segera.Muafakat dengan jabatan dan agensi berkenaan segera diatur untuk operasi penghantaran makanan segera dibuat.Pelbagai halangan seperti jambatan runtuh,denai ditenggelami air,kenderaan tersangkut pada laluan sukar dapat diatasi berkat kesungguhan krew operasi yang begitu komited.Alhamdulilah,operasi kali ini dapat dijalankan dengan jayanya.Terima kasih bagi pihak ADUN kepada semua yang terbabit dalam memastikan warga yang mengalami kesulitan dapat dibantu.Jasamu di kenang..Teruskan..

PENYELARASAN TUGASAN MELANCAR TINDAKAN..MUAFAKAT..

Bagi menghadapi musim banjir yang kebiasaannya melanda di kawasan rendah akibat tengkujuh,maka persiapan perlu diatur agar tindakan bersepadu dapat diambil bagi memastikan mangsa-mangsa banjir nanti mendapat perhatian segera.Sehubungan dengan itu pertemuan dengan agensi dan jabatan yang terlibat telah diadakan untuk kali yang kedua memandangan hujan telah mulai turun dengan lebat dan tanda-tanda berlakunya banjir telah mulai dirasai.Ketua-ketua jabatan masing-masing memberikan laporan selain Ketua Kampung dan Tok Batin juga memberikan maklumat mengenai keperluan bagi menghadapi banjir.Tempat/pusat pemindahan mangsa banjir juga di pastikan mempunyai segala kemudahan untuk keselesaan rakyat.Semuga semuanya akan dapat ditangani dengan baik dan persefahaman antara jabatan kerajaan dengan pemimpin masyarakat akan lebih mumudahkan urusan memberikan bantuan dan perkhidmatan terbaik.Teruskan...

Tuesday, December 20, 2011

MESRA RAKYAT,TURUN PADANG,RAKYAT DIDAHULUKAN..

Walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang baik,namun apa yang telah dirancang seharusnya tetap terus dilaksanakan.Program pemakaian pangkat anggota RELA Keratong 2 tetap berlangsung demgan meriah.Kehadiran seluruh lapisan masyarakat tetap membanggakan.Selain daripada itu,penyerahan kad keahlian RELA,penyampaian hadiah karnival futsal dan bola jaring PUTERI Umno,gubahan dan solekan juga turut diadakan.Dalam ucapannya,YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,selaku ADUN,mengingatkan para hadirin agar menjaga keselamatan kawasan komuniti dengan baik dan berkerjasama dengan pihak keselamatan sesuai dengan slogan"kampung kita,tanggungjawab kita"

Monday, December 5, 2011

JEJAKI KESULITAN RAKYAT..ZIARAH BERKALA...

Sekalipun orang yang mengalami kesulitan sudah pun mendapat pembelaan,bantuan dan sebagainya,pemantauan berkala tetap menjadi sebahagian daripada program sisipan.Ziarah mesra terhadap keluarga Orang Asli ini dilakukan sebaik sahaja selesai program utama di Bukit Ibam.Ternyata kunjungan spontan ini amat disambut baik kerana beberapa permasalahan yang dihadapi bakal dapat diselesaikan.Antaranya adalah permohonan untuk mendapatkan bantuan pelajaran daripada Yayasan Pahang akan segera diusahakan.Sumbangan kewangan juga disalurkan sebagai usaha meringan tanggungan memandangkan masalah kesihatan yang dihadapi dan tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja berat.Rasa lega terserlah di mata kerana masalah yang dihadapi mendapat perhatian segera dan serius daripada pemimpin.Moga rakyat dapat merasai keprihatinan kerajaan yang bertanggungjawab.Teruskan..

PEMBANGUNAN MODAL INSAN..SATU KEUTAMAAN..

Memang tidak dinafikan pembinaan modal insan masa kini bakal melahirkan golongan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani dan rohaniah pada masa hadapan.Berpandukan perkara tersebut maka pelbagai program berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.Kerjasama bersama agensi kerajaan yang lain,seperti KEMAS dapat memudahkan pelaksanaan.Bertempat di Kampung Bukit Ibam telah dilangsungkan Konvensyen Pembinaan Modal Insan yang antara pengisiannya adalah gotong-royong,sukaneka,futsal yang mana telah dapat dijalankan dengan meriahnya dan disertai oleh segenap lapisan masyarakat.Pada sebelah malamnya telah diadakan ceramah agama dan penyampaian hadiah serta majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh YB ADUN Bukit Ibam.Program seumpama ini ternyata dapat membantu mengeratkan hubungan bermasyarakat selain memberikan santapan rohani kepada masyarakat.Tahniah dan teruskan...

Saturday, December 3, 2011

SUARA PAHANG..SATU PENGHORMATAN DAN TANGGUNGJAWAB..

Sebaik sahaja diberikan tugas dan tanggungjawab bagi mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang untuk membahas usul agama,pendidikan dan sosial di PAU2011,maka amanah itu sehabis baik digalas agar apa yang disampaikan nanti menepati aspirasi semasa dan memberikan kesan yang baik di masa hadapan.Antara intipati ucapan adalah transformasi Pendekatan agama yang dilakukan UMNO telah memartabatkan Agama Islam di Malaysia.Selain itu orang UMNO juga diseru bersatu,memperkukuh parti dan memastikan kemenangan cemerlang di PRU13.Pihak kerajaan juga diseru agar memperkasa sekolah-sekolah agama serta menambah peruntukan ke arah melahir modal insan yang cemerlang akademik dan terbilang sahsiah.Akhirnya semua orang UMNO diseru agar setia kepada pucuk pimpinan dan mengelakkan diri dari bersikap khianat dan sabotaj terhadap parti terutamanya yang melibatkan pemilihan calon di PRU 13 nanti.Terima kasih atas kepercayaan yang diberi.Teruskan......