Sunday, October 3, 2010

KEMERIAHANNYA MASIH TERASA...JAMUAN TERBUKA...


Kemeriahan Aidil Fitri masih lagi terasa walau sudah hampir sampai ke penghujungnya.Sana-sini masih mengadakan jamuan bagi meraikan sahabat handai dan anggota masyarakat yang lain.Segalanya dilakukan secara gotong royong kerana amalan ini bukan sahaja meringankan kos malahan yang penting tentu sekali merapatkan ikatan kekeluargaan disamping merasai sendiri kepuasan hasil kerja berbanding dengan jamuan yang diurus secara katering..

Bertempat di perkarangan Pejabat FELDA Keratong 2 dan Balai Raya FELDA Keratong 3 telah diadakan sambutan tersebut dimana kosnya ditanggung bersama semua badan dalam FELDA tersebut seperti JKKR,Technoplants,GPW dan sebagainya.

Kehadiran YB Dato Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam dan YB Senator Dato Maznah Mazlan,Timbalan Menteri Sumber Tenaga Manusia telah turut memeriahkan majlis berkenaan.

Kanak-kanak pula merupakan golongan yang paling gembira kerana mereka mendapat duit raya yang dihadiahkan oleh kedua-dua orang tokoh pemimpin tersebut.Namun ..apa yang lebih penting program sebegini mampu mengerat hubungan silaturahim sesama anggota masyarakat secara keseluruhannya.

No comments: