Friday, July 29, 2011

RAKYAT TETAP DIDAHULUKAN..

Memang sudah menjadi keutamaan pihak kerajaan dan pemimpin untuk terus menjaga kebajikan rakyat.Ini bukan hanya sekadar rektorik dan ianya dibuktikan apabila lebih 400 mangsa banjir baru-baru ini telah menerima bantuan wang ihsan yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara dimana setiap penerima menerima RM500.00.Majlis penyampaian tersebut telah dilangsungkan di Dewan Sekolah RPS Bukit Serok yang majoritinya adalah masyarakat Orang Asli.Selain daripada YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,selaku ADUN Bukit Ibam dan TYT DSJJ selaku Ahli Parlimen Rompin,YB Datuk Hamzah Zainuddin,Timbalan Menteri Perusahaan,Perladangan dan Komoditi juga turut sama meluangkan masa untuk bersama-sama masyarakat.Rata-rata penerima yang ditemui melahirkan rasa terimakasih terhadap kerajaan yang begitu mengambil berat terhadap kesusahan dan kebajikan rakyat yang ditimpa musibah.Semoga dengan bantuan sebegini akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung selain dapat digunakan untuk membeli peralatan rumah yang rosak dan musnah akibat banjir tempohari.Terima kasih kerajaan dan pemimpin serta kakitangan kerajaan yang begitu komited..

Wednesday, July 6, 2011

BERSAMA WARGA KERJA AWAM TUDM..


Di kawasan DUN Bukit Ibam ini terdapat sebuah kem TUDM yang sudah tentu fungsinya menjaga keselamatan negara.Pelbagai aktiviti turut dirancang bagi merapatkan hubungan antara masyarakat setempat dan anggota tentera tersebut.Kali ini YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam sekali lagi ke sana untuk memeriahkan acara penutup dan penyampaian hadiah kepada para peserta yang menyertai Karnival Kesatria TUDM Pahang.Antara acara yang dipertandingkan termasuklah futsal dan ping-pong.Tahniah diucapkan kepada para pemenang.Rata-rata peserta yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan keprihatinan YB Dato' dalam apa jua aktiviti yang dijalankan oleh pihak kem kearah merapatkan hubungan antara masyarakat dan tentera.Teruskan...