Tuesday, March 19, 2013

MEMPERTINGKAT KUANTITI DAN KUALITI HASIL..

Pelbagai program yang dilaksana kerajaan untuk mempertingkat kualiti kehidupan rakyat adalah secara berterusan.Penghasilan hasil kebun yang maksima semestinya melalui sistem penjagaan yang betul.Justeru,Program Amalan Membaja dengan kerjasama pihak berkuasa RISDA adalah merupakan salah satu daripada usaha mempertingkat pendapatan rakyat.Pekebun kecil terutama masyarakat orang asli diBukit Serok amat bertuah kerana terpilih menyertai program ini.Tunjukajar sistem pembajaan yang baik telah diberikan sempena kempen ini selain bantuan subsidi baja kepada mereka yang mendaftar dibawah pengawasan pihak berkuasa RISDA.Rata-rata pekebun yang ditemui menzahirkan ucapan terimakasih kepada pihak kerajaan yang sentiasa peka dan prihatin dalam usaha mensejahterakan rakyat terutama pekebun kecil dikawasan penempatan orang asli seperti diBukit Serok ini.Terimakasih kerajaan..Kami mesti PILIH...

No comments: