Wednesday, February 22, 2012

PROGRAM MESRA DAKWAH...ILMU AKHIRAT TETAP KEUTAMAAN..

Menginsafi bahawa keseimbangan dalam mengejar kebahagiaan hidup di dunia,bekalan untuk akhirat juga tetap menjadi keutamaan.Program Mesra Dakwah Peringkat DUN Bukit Ibam telah pun diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP)bertempat di Kampung Rekoh Baru.Pelbagai aturcara berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan penglibatan seluruh warga kampung bermula dari awal pagi hingga ke lewat malam.Antara acara yang dijalankan termasuklah gotong-royong,Ziarah Kasih,Pemeriksaan Kesihatan,Kursus penyembelihan haiwan secara teori dan praktikal,sukaneka,persembahan nasyid serta acara kemuncaknya adalah Forum Perdana..ceramah agama.Bagi pihak ADUN ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dengan komitmen tinggi sehingga program telah dapat dijalankan dengan jayanya.Tahniah juga kepada penduduk kampung yang memberikan sambutan yang amat baik dalam setiap program yang diatur.Teruskan...

No comments: