Sunday, February 5, 2012

HARGAI SUMBANGAN...TERUSKAN KHIDMAT..BERSAMA JPAM..

Kewujudan JPAM..Jabatan Pertahanan Awam di DUN dan bertaraf pejabat daerah adalah sesuatu yang amat dialu-alukan.Setiap kali berlaku acara besar di kawasan mahupun bencana maka JPAM akan sentiasa bersedia untuk dikerahkan ke lokasi.Kelibat JPAM ini juga akan sentiasa kelihatan di jalanraya utama setiap musim perayaan memantau dan memberi bantuan kecemasan apabila diperlukan.Justeru,dalam majlis ramah mesra yang diatur,kesempatan digunakan untuk mengucapkan tahniah dan syabas ayas kecemerlangan khidmat yang telah ditabur.Pelbagai rancangan juga telah diatur bagi menambahbaik prestasi selain mengumumkan kelulusan peruntukan ADUN yang disambut baik oleh anggota yang hadir pada sesi pertemuan itu.Sekalung tahniah dan terima kasih sekali lagi bagi pihak ADUN dan masyarakat khususnya.TERUSKAN....

No comments: