Friday, February 24, 2012

BR1M..PENYELARASAN TUGAS MELANCAR PROGRAM..

Memandangkan bahawa program penyampaian Baucer BR1M untuk Fasa kedua ini melibatkan jumlah penerima yang ramai iaitu lebih kurang 3000 penerima,maka pejabat ADUN telah mengambil inisiatif untuk mengadakan mesyuarat penyelarasan tugas bagi mememastikan segalanya berjalan lancar tanpa menimbulkan masalah kepada penerima dan juga urusetia.Antara yang hadir ke perjumpaan ini termasuklah Jabatan yang berkaitan,Keselamatan,JPAM,RELA,Ketua Kampung,Ketua Cawangan dan dipengerusikan sendiri oleh YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.Moga dengan mengambilkira lelemahan yang timbul semasa BR1M Fasa Pertama yang lalu,penambahbaikan dapat dibuat agar program Fasa 2 ini akan dapat dijalankan dengan lancar,tersusun dan memberikan keselesaan kepada penerima dan memudahkan tugas urus setia.Program BR1M ini ternyata memberikan impak yang besar terhadap masyarakat secara keseluruhannya.Terima kasih kerajaan..Teruskan..

No comments: