Sunday, January 29, 2012

PENYELARASAN TUGAS...BR1M..KELANCARAN PROGRAM..

Sebagaimana maklim pemberian baucer bantuan BRIM bukanlah satu perkara yang perlu diambil mudah.Perancangan rapi perlu disusun atur bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan rakyat yang menerima tidak dibebani dengan masalah teknikal yang bakal timbul.Justeru mesyuarat pembahagian tugas amat perlu agar semua yang terlibat dapat melaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan.Bermula dengan persiapan tempat,surat panggilan dan macam-macam perkara turut diambil kira.Mesyuarat penyelarasan kali ini diadakan di Dewan JKKR Keratong 1 dan dihadiri oleh pemimpin setempat,Ketua Kampung,Ketua Cawangan,Wakil Jabatan berkaitan serta pihak keselamatan.Program penyampaian baucer BR1M fasa pertama ini dijadualkan diadakan pada 3 FEB 2012,bertempat di Dewan Orang Ramai BTAR.Kepada semua penerima diharapkan akan dadi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.Terima kasih kepada semua yang memberikan komitmen dan semoga program yang bakal diadakan ini akan berjalan lancar.

No comments: