Tuesday, September 25, 2012

BERSAMA JENTERA@JALINAN RAKYAT KERATONG 2...


Umum mengetahui bahawa peranan Jalinan Rakyat dalam mendekati pengundi menjelang PRU memanglah besar sekali.Kajian sikap pengundi,gerak mesra wanita merupakan antara aktiviti yang dijalankan.Pertemuan secara berkala dengan kumpulan ini diharapkan dapat memberikan input terbaharu yang boleh digunapakai melaksana strategi dalam usaha memberikan kefahaman kepada pengundi betapa pentingnya mengekalkan kuasa kepada kerajaan semasa yang ada pada hari ini.Taklimat oleh pemimpin ini juga berhasil menaikkan semangat agar lebih membara untuk berkerja dengan lebih gigih lagi.Semoga pertemuan seumpama ini akan terus digerakkan di kawasan-kawasan lain bagi memastikan kemenangan yang lebih besar dalam PRU 13 akan datang..Teruskan...

Sunday, September 23, 2012

BIAR KECIL PROGRAM....BESAR MAKNANYA...BINCANG SANTAI...

Kebiasaannya,pertemuan secara santai dan tidak terlalu protokol akan lebih membuahkan hasil yang baik.Temujanji suamuka bersama pemimpin kecil di kawasan telah menjadi amalan sejak lama.Pemimpin dapat menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini secera terus,manakala pemimpin kecil atau ahli masyarakat dapat menerima secara tulus.Berkenaan dengan perjumpaan di Penempatan Melati ini banyak masalah permohonan projek infra serta yang berkenaan dapat segera diselesaikan.Adalah sesuatu yang amat menyenangkan anggota masyarakat apabila mereka dapat menyuarakan pandangan dengan terus dan tulus.Program seumpama ini akan terus dibudayakan bagi pihak pentadbiran ADUN Bukit Ibam.Biar kecil program tapi besar maknanya...Teruskan...

Saturday, September 22, 2012

MENGHARGAI NGO@SANTAI PETANG KMB BIKERZ..

Memang Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) juga memainkan peranan dalam memberikan sokongan dan bantuan kepada pemimpin dalam mengendalikan sesuatu program.Kalaulah tidak dengan huluran bantuan tenaga daripada pihak berkenaan manakan boleh sesuatu program yang diatur berjalan lancar.Justeru,apabila NGO ini dapat dijadikan sahabat maka sudah pasti pertalian ini memudahkan kerja.Hari Terbuka KeratongMuadzam Bikerz adalah contoh bagaimana perhubungan antara pemimpin dan masyarakat dapat dieratkan.Pelbagai agenda dan program sudah diatur untuk mendekati masyarakat seperti Khidmat Masyarakat,Bikers Masuk Sekolah,Gotong-royong serta Ziarah Kasih bersama Pemimpin bakal menyusul.Bagi pihak ADUN,akan sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama yang diperlukan dalam apa jua program yang akan dilaksana nanti.Teruskan....

Friday, September 21, 2012

MUAFAKAT PENDIDIKAN..MEMBINA GENERASI CEMERLANG..

Soal pendidikan adalah merupakan kunci utama dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang.Kesedaran tentang peri penting pendidikan di kalangan masyarakat memang satu keutamaan.Program Tautan Kasih antara Kolej Shahputra dan Warga Kg Bukit Ibam adalah merupakan salah satu contoh terbaik yang perlu menjadi contoh kepada komuniti.Perkongsian aktiviti yang dilakukan selain dapat merapatkan jurang pendidikan juga diharap dapat mempertingkat kesedaran tentang memberikan perdidikan terbaik kepada anak-anak.Adalah diharapkan kerjasama ini akan dapat diikuti okeh sekolah laindi kawasan.Bagi pihak ADUN,akan sentiasa memberikan perhatian dan sokongan padu jika ada mana-mana IPTA/IPTS yang ingin mengadakan perkongsian program samada melibatkan JKKK mahupun sekolah.Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Kolej Shahputra yang telah mengorak langkah baik ini.Semoga kerjasama ini akan berterusan di masa akan datang.Teruskan.....

MENANGANI PERMASALAHAN MASYARAKAT ORANG ASLI..

Kalau difikirkan,jarak nun jauh di pedalaman,ditengah rimba belantara,memang selalunya kehidupan orang asli selalu terpinggir.Namun tidak bagi yang selalu memikir cara bagaimana ingin memberikan yang terbaik.Kg Ganuh yang dikunjungi ini bukan lah satu masalah besar.Kegigiham masyarakat di sini dalam mempertingkat kualiti kehidupan amat dikagumi.Pelbagai bantuan seperti rumah,bekalan elektrik telah teserdia.Bekalan air juga ada namun mengalami sedikit masalah teknikal yang perlu segera ditangani.Projek ekonomi penduduk juga telah dirangka dan dilaksanakan.Aktiviti "tidur hutan" yang diadakan secara berkala ini telah banyak menyelasaikan masalah mereka.Selain itu masalah penduduk juga dapat disampaikan secara terus kepada pemimpin untuk tindakan.Antaranya adalah masalah pengangkutan anak ke sekolah,penerokaan hutan secara haram serta bekalan air yang tercemar akibat aktiviti perlombongan dan pembalakan.Semoga semua masalah yang diutarakan akan dapat diselesaikan...Teruskan...