Friday, September 21, 2012

MENANGANI PERMASALAHAN MASYARAKAT ORANG ASLI..

Kalau difikirkan,jarak nun jauh di pedalaman,ditengah rimba belantara,memang selalunya kehidupan orang asli selalu terpinggir.Namun tidak bagi yang selalu memikir cara bagaimana ingin memberikan yang terbaik.Kg Ganuh yang dikunjungi ini bukan lah satu masalah besar.Kegigiham masyarakat di sini dalam mempertingkat kualiti kehidupan amat dikagumi.Pelbagai bantuan seperti rumah,bekalan elektrik telah teserdia.Bekalan air juga ada namun mengalami sedikit masalah teknikal yang perlu segera ditangani.Projek ekonomi penduduk juga telah dirangka dan dilaksanakan.Aktiviti "tidur hutan" yang diadakan secara berkala ini telah banyak menyelasaikan masalah mereka.Selain itu masalah penduduk juga dapat disampaikan secara terus kepada pemimpin untuk tindakan.Antaranya adalah masalah pengangkutan anak ke sekolah,penerokaan hutan secara haram serta bekalan air yang tercemar akibat aktiviti perlombongan dan pembalakan.Semoga semua masalah yang diutarakan akan dapat diselesaikan...Teruskan...

No comments: