Friday, September 21, 2012

MUAFAKAT PENDIDIKAN..MEMBINA GENERASI CEMERLANG..

Soal pendidikan adalah merupakan kunci utama dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang.Kesedaran tentang peri penting pendidikan di kalangan masyarakat memang satu keutamaan.Program Tautan Kasih antara Kolej Shahputra dan Warga Kg Bukit Ibam adalah merupakan salah satu contoh terbaik yang perlu menjadi contoh kepada komuniti.Perkongsian aktiviti yang dilakukan selain dapat merapatkan jurang pendidikan juga diharap dapat mempertingkat kesedaran tentang memberikan perdidikan terbaik kepada anak-anak.Adalah diharapkan kerjasama ini akan dapat diikuti okeh sekolah laindi kawasan.Bagi pihak ADUN,akan sentiasa memberikan perhatian dan sokongan padu jika ada mana-mana IPTA/IPTS yang ingin mengadakan perkongsian program samada melibatkan JKKK mahupun sekolah.Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Kolej Shahputra yang telah mengorak langkah baik ini.Semoga kerjasama ini akan berterusan di masa akan datang.Teruskan.....

No comments: