Saturday, September 22, 2012

MENGHARGAI NGO@SANTAI PETANG KMB BIKERZ..

Memang Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) juga memainkan peranan dalam memberikan sokongan dan bantuan kepada pemimpin dalam mengendalikan sesuatu program.Kalaulah tidak dengan huluran bantuan tenaga daripada pihak berkenaan manakan boleh sesuatu program yang diatur berjalan lancar.Justeru,apabila NGO ini dapat dijadikan sahabat maka sudah pasti pertalian ini memudahkan kerja.Hari Terbuka KeratongMuadzam Bikerz adalah contoh bagaimana perhubungan antara pemimpin dan masyarakat dapat dieratkan.Pelbagai agenda dan program sudah diatur untuk mendekati masyarakat seperti Khidmat Masyarakat,Bikers Masuk Sekolah,Gotong-royong serta Ziarah Kasih bersama Pemimpin bakal menyusul.Bagi pihak ADUN,akan sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama yang diperlukan dalam apa jua program yang akan dilaksana nanti.Teruskan....

No comments: