Sunday, September 23, 2012

BIAR KECIL PROGRAM....BESAR MAKNANYA...BINCANG SANTAI...

Kebiasaannya,pertemuan secara santai dan tidak terlalu protokol akan lebih membuahkan hasil yang baik.Temujanji suamuka bersama pemimpin kecil di kawasan telah menjadi amalan sejak lama.Pemimpin dapat menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini secera terus,manakala pemimpin kecil atau ahli masyarakat dapat menerima secara tulus.Berkenaan dengan perjumpaan di Penempatan Melati ini banyak masalah permohonan projek infra serta yang berkenaan dapat segera diselesaikan.Adalah sesuatu yang amat menyenangkan anggota masyarakat apabila mereka dapat menyuarakan pandangan dengan terus dan tulus.Program seumpama ini akan terus dibudayakan bagi pihak pentadbiran ADUN Bukit Ibam.Biar kecil program tapi besar maknanya...Teruskan...

No comments: