Saturday, May 26, 2012

DURIAN RUNTUH...MANFAATKAN SEBAIK MUNGKIN..

Alhamdulilah,bersyukur ke hadrat Ilahi kerana apa yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri kepada para peneroka seluruh negara kini telah menjadi kenyataan.Fasa 1 yang melibatkan pemberian wang sebanyak RM5K kini telah menjadi kenyataan walaupun sebelum ini menjadi keluh kesah ditambah lagi dengan provokasi pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menangguk di air keruh.Apa yang amat diharapkan adalah semoga semua peneroka dapat menggunakan wang tersebut secara berhemah.Simpanan tabungan masa hadapan boleh dibuat,atau boleh juga mendaftar untuk samaada mengerjakan umrah mahupun haji.Pemberian ini adalah demi mengenang jasa peneroka yang telah berjuang memajukan tanah rancangan dan peneroka juga sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan ekonomi negara terus berada di landasan yang betul.Rata-rata peneroka yang ditemui melahirkan rasa gembira dan bersyukur atas pemberian Durian Runtuh ini.Terima kasih kerajaan dan FELDA..Bakti disemai....Bukti dituai..

No comments: