Sunday, May 20, 2012

BR1M...EDISI KHAS,,BUAT WARGA ISTIMEWA..




Sesungguhnya,Slogan rakyat didahulukan terus dibuktikan oleh pihak kerajaan yang sememangnya sentiasa prihatin dalam memberikan yang terbaik kepada rakyatnya.Ini dibuktikan dengam pemberian BR1M Edisi Khas iaitu penyampaian baucer BR1M kepada golongan yang memerlukan..mereka yang mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.Mereka ini tidak mengisi borang BR1M sebagaimana pemohon lain tetapi senarai mereka ini diambil oleh LHDN melalui JKM.Seramai 86 penerima telah pun menerima bantuan BR1M ini dan baucer telah disampaikan oleh YB Dato'Mohamad Sahfri AbAziz,ADUN Bukit Ibam.Rata-rata penerima dan waris yang ditemui melahirkan rasa syukur kehadrat Ilahi dan terperanjat apabila menerima jemputan untuk mengambil baucer tersebut sedangkan tidak pernah membuat permohonan.Adalah diharapkan banyak lagi kebajikan yang akan mereka peroleh memandangkan mereka juga sebahagian daripada anggota masyarakat yang terus memerlukan bantuan dan sokongan kerajaan untuk meringan sedikit bebanan yang ditanggung.

No comments: