Wednesday, July 4, 2012

SANTAI PETANG...SUKAN BERSAMA PEMIMPIN..






Sesungguhnya melalui bersukan bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tetapi ianya juga merupakan medium terbaik merapatkan hubungan sesama anggota masyarakat di samping dapat meluahkan apa yang tersirat untuk diselesaikan oleh pemimpin.Sukan juga tidak terhad kepada golongan muda tetapi iajuga boleh disertai pelbagai golongan mengikut kesesuaian.Hubungan baik antara pemimpin,agensi kerajaan,persatuan belia secara keseluruhannya dapat dilihat melalui program seumpama ini apabila masing-masing memainkan peranan dalam menjayakan program yang diatur.Bertempat di kawasan rekreasi FELDA Keratong 2 telah diadakan sepetang bersukan bersama pemimpin dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.Tahniah atas penganjuran dan bagi pihak ADUN akan sentiasa memberikan sokongan padu kearah melahirkan komuniti yang sihat danceria.Teruskan...

No comments: