Monday, January 31, 2011

BANJIR,BERHATI-HATI..UTAMAKAN KESELAMATAN..


Musim banjir dan hujan lebat telah mula berlaku.Kawasan rendah telah mula dinaiki air ,manakala ada juga yang telah terputus hubungan darat.Mari semua kita pastikan agar mengutamakan keselamatan.Semoga semuanya bersabar dan mengikut arahan pihak berkuasa.

Kawasan pertama yang mula dilanda banjir adalah Kampung Rekoh Mukim Keratong.
Mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.Bantuan awal daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat telah disalurkan segera.Tok Penghulu Mukim Keratong juga telah berada di lokasi sebaik sahaja mendapat maklumat.

YB Dato Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz juga telah bergegas ke Kampung Rekoh sebaik sahaja menerima berita dan membuat tinjauan selain menyampaikan bantuan awal.

Beliau menasihati mangsa banjir agar mengutamakan keselamatan selain memastikan keperluan asas dipusat pemindahan tersebut berada dalam keadaan baik.

Kepada penduduk yang masih belum berpindah dinasihatkan agar bersedia untuk berpindah apabila menerima arahan daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan perkara buruk terjadi.

Friday, January 7, 2011

PROGRAM JELAJAH ZIARAH KASIH...WARGA EMAS..


Sehari suntuk bermula jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 8 malam menjelajah seluruh pelusuk kawasan untuk menemui dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas yang berusia 80 tahun keatas..

Sumbangan adalah daripada Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah..

Rata-rata warga emas yang dikunjungi merakamkan penghargaan kepada kerajaan yang begitu prihatin dan bersyukur kerana dalam usia yang lanjut ini masih adalagi yang mengingingati mereka apatah lagi ianya disampaikan oleh YB ADUN sendiri walau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan..

Program bermula di Gugusan Keratong A..menuju ke Kampung Lubok Batu,Meripuh,Alai dan berakhir di Bukit Ibam..Pegawai Penerangan Daerah Rompin juga turut bersama dalah program ziarah ini.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang yang telah memperuntukan sumbangan kepada warga emas pada kali ini..Terima kasih daun keladi...

Saturday, January 1, 2011

RAMAH MESRA BERSAMA PETUGAS KILANG SAWIT..


Kadangkala dalam kesibukan urusan yang semakin bertambah,golongan petugas yang juga berperanan penting dalam memastikan peneroka mendapat pendapatan yang lumayan ekoran kenaikan harga sawit hampir tersisih dan dilupakan.Mereka ini juga sebahagian daripada masyarakat dan juga pengundi yang turut sama memainkan peranan dalam memastikan kemenangan semasa pilihanraya...

Justeru,satu majlis ramah mesra telah dianjur bagi bertemu sendiri dan bertanya khabar mereka.Program ini telah berlangsung di perkarangan kilang sawit Keratong 3.Turut hadir adalah pegawai operasi,pengurus,kakitangan serta ahli keluarga warga kilang tersebut.

YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,dalam ucapannya menyeru para petugas supaya mempertingkat daya kecekapan bekerja yang akhirnya akan dapat menjadikan kilang sawit Keratong 3 sebagai salah satu kilang yang terbaik di Malaysia.

Beliau juga telah meluluskan peruntukan ADUN kepada kelab kebajikan pekerja kilang tersebut dalam usaha mempelbagai aktiviti yang telah disusun pada masa akan datang..