Monday, January 31, 2011

BANJIR,BERHATI-HATI..UTAMAKAN KESELAMATAN..


Musim banjir dan hujan lebat telah mula berlaku.Kawasan rendah telah mula dinaiki air ,manakala ada juga yang telah terputus hubungan darat.Mari semua kita pastikan agar mengutamakan keselamatan.Semoga semuanya bersabar dan mengikut arahan pihak berkuasa.

Kawasan pertama yang mula dilanda banjir adalah Kampung Rekoh Mukim Keratong.
Mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.Bantuan awal daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat telah disalurkan segera.Tok Penghulu Mukim Keratong juga telah berada di lokasi sebaik sahaja mendapat maklumat.

YB Dato Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz juga telah bergegas ke Kampung Rekoh sebaik sahaja menerima berita dan membuat tinjauan selain menyampaikan bantuan awal.

Beliau menasihati mangsa banjir agar mengutamakan keselamatan selain memastikan keperluan asas dipusat pemindahan tersebut berada dalam keadaan baik.

Kepada penduduk yang masih belum berpindah dinasihatkan agar bersedia untuk berpindah apabila menerima arahan daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan perkara buruk terjadi.

1 comment:

Bukutibamoahanv. Vlogspot. Com said...

Syabas....Kepada Yb.Dato' yang sentiasa perihatin dengan masalah yang menimpa kepada penduduk serta terima kasih dengan bantuan yang dihulurkan...

Sikap keperihatinan Wakil Rakyat amat ditagihkan oleh Rakyat... Terima Kasih Dato'.