Friday, January 7, 2011

PROGRAM JELAJAH ZIARAH KASIH...WARGA EMAS..


Sehari suntuk bermula jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 8 malam menjelajah seluruh pelusuk kawasan untuk menemui dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas yang berusia 80 tahun keatas..

Sumbangan adalah daripada Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah..

Rata-rata warga emas yang dikunjungi merakamkan penghargaan kepada kerajaan yang begitu prihatin dan bersyukur kerana dalam usia yang lanjut ini masih adalagi yang mengingingati mereka apatah lagi ianya disampaikan oleh YB ADUN sendiri walau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan..

Program bermula di Gugusan Keratong A..menuju ke Kampung Lubok Batu,Meripuh,Alai dan berakhir di Bukit Ibam..Pegawai Penerangan Daerah Rompin juga turut bersama dalah program ziarah ini.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang yang telah memperuntukan sumbangan kepada warga emas pada kali ini..Terima kasih daun keladi...

1 comment:

E'bump said...

Tahniah & syabas serta terima kasih kpd YB ADUN Bukit Ibam dan juga Kerajaan Negeri Pahang DM yang begitu prihatin atas sumbangan yang telah disampaikan ...kepada golongan yang memerlukan..