Friday, July 23, 2010

TURUN PADANG...JUMPA DAN SELESAIKAN MASALAH...

Hari ini sebagaimana biasa,Program turun padang mengambil tempat...Lokasinya adalah Ladang Kota Bahagia...di mana Tadika telah mengadakan sukan bagi para pelajar dan ibubapanya..Pelbagai acara telah dijalankan..

Apa yang penting adalah selain daripada berjumpa masyarakat tetapi adalah pernyataan masalah masyarakat setempat yang dapat didengari secara terus..Jadi...mana yang boleh di selesaikan akan dapat dilakukan secepat mungkin..

Selepas itu ke perjumpaan tertutup bersama RELA dan golongan muda bagi membincangkan masalah keselamatan kawasan kampung dengan cadangan mewujudkan KRT bagi menangani kes-kes jenayah yang semakin meningkat.Bagi golongan muda pula menyuarakan masalah tapak untuk memdirikan rumah yang semakin mendesak kerana sekian lama enumpang tinggal bersama kelurga walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri...

Bagi pihak YB ADUN tentunya setiap masalah yang dikemukakan akan diambil perhatian dan tindakan yang bersesuaian...manakala rakyat juga wajar bersabar dan terus memberikan kerjasama yang erat....

No comments: