Saturday, July 31, 2010

PROGRAM 3 DALAM 1...DISKUSI,ZIARAH DAN INFOHIBUR.....


Bersempena dengan program Info Bestari yang diadakan di Felda Selancar 1 anjuran Jabatan Penerangan..telah diatur pelbagai program yang mana dapat memberikan manfaat secara terus kepada masyarakat setempat..

Antaranya adalah Program Dialog Dari Hati ke Hati dimana kebanyakan ketua jabatan di daerah Rompin ini telah hadir bagi menjawab dan membuat penyelesaian segara bagi setiap masalah yang dikemukakan oleh para penduduk...Pelbagai sumber bantuan dari agensi-agensi yang berkenaan juga diberitahu kepada para peserta dialog untuk disampaikan kepada ahli masyarakat...
Seterusnya adalah program ziarah pesakit kronik dimana pasakit yang diziarahi menerima sumbangan seperti kerusi roda dan lain-lain bantuan..Terimakasih juga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut sama turun padang..

Pada sebelah malamnya YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz juga turut meluangkan masa menyaksikan pentarama Jabatan Penerangan Malaysia dam menyampaikan ucapan perasmian...Ternyata program 3 dalam 1 ini banyak memberi faedah kepada masyarakat secara keseluruhannya..

No comments: