Monday, July 19, 2010

MASYARAKAT ORANG ASLI JUGA DIUTAMAKAN...

Walaupun perkampungan orang asli ini terletak agak jauh di pedalaman ianya bukanlah alasan mengapa pembangunan dan kemudahan infrastruktur bagi mereka diambil mudah.Pelbagai perancangan pembangunan telah mula menampakkan hasil dan banyak lagi bakal mendatang..

Baru-baru ini YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab.Aziz,ADUN Bukit Ibam telah mengadakan tinjauan mesra ke perkampungan tersebut bagi melihat sendiri pembangunan prasarana yang telah berjaya dilaksanakan...

Antara lokasi yang dilawati adalah Kg.Ganuh dimana projek bekalan elektrik solar dan bekalan air bersih telah dibangunkan..Kemudian ke Kg.Jubau bertemu masyarakat dan berbincang tentang masalah yang dihadapi..Lawatan berakhir di Kg.Langkap Dalam dimana meninjau tapak pagi projek perumahan PPRT.Sebanyak 8 buah rumah PPRT telah diluluskan pembinaannya.

Rata-rata masyarakat orang asli yang ditemui melahirkan rasa terimakasih kepada YB Dato'ADUN yang begitu prihatin akan keperluan dan kemudahan asas yang sememangnya menjadi keperluan kepada seluruh masyarakat walaupun tinggal jauh dipedalaman..

No comments: