Sunday, May 3, 2009

RUNNER MOTOR CLUB N40




RUNNER MOTOR CLUB N40 adalah salah sebuah kelab kenderaan bermotor di bawah naungan YB Dato' Hj Mohamad Sahfri. Keahlian kelab ini adalah terdiri daripada generasi kedua felda yang berada di dalam Kawasan Bukit Ibam. Kelab kenderaan bermotor ini mengamalkan imej bersih dan berdisilplin ketika mengadakan sebarang aktiviti bagi menarik minat masyarakat seterusnya mengubah sebarang tanggapan yang negatif terhadap kelab itu. Pada 30hb Ogos 2008 yang lalu satu program dianjurkan bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dikalangan generasi muda agar mereka dapat sama-sama menghayati erti kemerdekaan dan erti perjuangan tokoh-tokoh terdahulu untuk membebaskan tanah air dari cengakaman penjajah. Program tersebut disertai seramai 70 belia tempatan bertolak dari Keratong 2 ke Penyabung Endau Mersing sebelum pulang semula keesokan harinya. Program ini berjaya dijalankan dengan keadaan selamat. Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan. MERDEKA!

1 comment:

CHIKO said...

memang best convoy ni bila ada yg ambil pedulikan?tetapi bagaimana pula yg dipinggirkan ni...