Tuesday, May 5, 2009

SELSEMA BABI AMARAN UNTUK UMAT INGKAR

Apakah yang berlaku pada masyarakat antarabangsa hari ini? Baru sahaja mereka dikejutkan dengan selsema burung dan sebelumnya sindrom pernafasan yang teruk (SARS) kini dikejutkan lagi dengan selsema babi. Belum lagi selesai masalah lama masalah baru pula yang timbul. Wabak Influenza A menjadi perbualan hangat masyarakat antarabangsa hari ini. Kira-kira 100 buah sekolah di Amerika ditutup sementara berikutan kebimbangan merebaknya virus ini. Switzerland mengesahkan kes pertama selsema babi di Negara itu apabila mangsa dimasukkan ke Hospital Baden di Aargau, bahagian utara Switzerland.

Menteri kesihatan Peru, Oscar Ugarte mengesahkan seorang wanita warga Argentina yang menetap di negara itu sebagai kes pertama pengidap selsema babi. Sekarang seluruh pelanggan media masa dunia dipaparkan berita mengenainya dan ‘terangkatlah’ nama babi yang mengikut Islam binatang najis yang haram dimakan. Sebagai benda haram sepatutnya babi dan hasil daripadanya tidak dimakan umat islam kerana menjejaskan kesahihan ibadat mereka. Hari ini banyak benda khasnya makanan dan ubat yang dicampur enzim babi sehingga kita tidak perasan soal halalnya. Kita mendengar keluhan ramai yang ubat ini ada enzim babi atau ubat itu dibuat daripada babi. Apakah kepentingan melakukan sebegitu sehingga menjejaskan kesucian umat islam?

Dalam islam ini ditegaskan seperti hadis bermaksud : Tariq Suwaid bertanya kepada Nabi SAW mengenai khamar (arak) dan baginda melarangnya. Tariq berkata : “ Aku hanya menjadikannya campuran untuk ubat.” Lalu Nabi SAW berkata lagi : “ Itu bukan ubat tetapi penyakit.” (Hadis Riwayat Ahmad). Bagi berdepan wabak seperti selsema babi, umat islam diingatkan terhadap agama suci mereka antaranya bermaksud : “ Larilah dari penderita juzam (lepra) seperti kamu lari daripada harimau.” (Hadis Riwayat Bukhari). “Apabila berlaku dalam satu negeri wabak penyakit dan kamu berada di situ jangan kamu keluar meninggalkan negeri itu. Jika terjadi ketika kamu ke luar meninggalkan negeri itu, jangan kamu memasukinya.” Hadis Riwayat Bukhari”. “Mohon kepada Allah keselamatan dan afiat (kesihatan). Sesungguhnya tiada sesuatu pemberian Allah sesudah iman lebih baik daripada kesihatan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah). Ya Allah hanya rahmat-mu yang kami harapkan maka janganlah engkau biarkan diri kami terlepas daripada kasih sayang-mu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaan kami, tiada Tuhan selain engkau. Amin.

1 comment:

RaFa said...

saya ingin berkongsi pendapat tentang masalah wabak yang semakin menular di seluruh dunia ini iaitu Influenza A (H1N1).Apa yang hendak saya tekankan disni ialah apakah kita semua tidak kira bangsa atau agama akan menghapuskan binatang yang tidak bersalah itu??.memanglah di dalam islam kita diharamkan untuk menyentuh apatah lagi untuk memakan binatang tersebut kecuali kemudaratan.tetapi apa yang saya hendak terangkan ialah adakah kita hendak menyalahkan binatang tersebut sedangkan binatang itupun ciptaan ALLAH S.W.T.saya ingin berkongsi pendapat tentang wabak selsema H1N1 dan binatang(Khinzir)yang ditakuti semua umat di bumi kita ini di dalam blog saya.

www.rafa-cempakamelur.blogspot.com