Tuesday, February 19, 2013

NIKMATI HASIL PERJUANGAN...NIKMAT PEMBANGUNAN..

Suatu ketika dahulu,ketika mula dijejaki,kawasan ini merupakan sebuah perkampungan yang amat daif.Rumah ala kadar tempat berlindung,tiada bekalan air bersih apalagi bekalan elektrik.Namun kini semuanya seakan menjadi sejarah.Pembangunan infrastruktur telah mula dinikmati.Sedikit sebanyak telah berjaya mengubah cara hidup lama mereka dan turut sama menikmati kehidupan yang sama dengan warga lain di luar sana.Semuanya berkat kesabaran selain usaha gigih untuk mengubah taraf kehidupan.Kampung Jubau(Tanah Rata)dan Langkap Dalam ini adalah perkampungan orang asal yang terletak nun jauh dipedalaman dan hanya boleh dihubungi melalui jalan laterit yang begitu "hardcore" terutama bila tiba musim hujan.Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan yang tidak melupakan kesulitan yang dihadapi selama ini.Pembelaan terhadap nasib hidup mereka ini sudah dibuktikan melalui pembangunan infrastruktur asas ini.KE ARAH YANG LEBIH BAIK...Teruskan..

Monday, February 18, 2013

BR1M 2.O...KEBAJIKAN RAKYAT DIBELA..

Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap segala kebajikan rakyatnya merupakan satu perkara yang amat diimpikan rakyat.Segala janji yang dilontarkan bukan satu omongan kosong dan sekadar janji menjelang pilihanraya.Keberkesanan pungutan cukai oleh agensi kerajaan membolehkan kerajaan mendapat hasil yang baik.Akhirnya,ianya duagihkan semula kepada rakyat yang berpendapatan rendah dalam bentuk pemberian BR1M.Pusingan kedua BR1M ini ternyata diterima baik oleh segenap lapisan rakyat yang melahirkan rasa kesyukuran dan terimakasih kepada pihak kerajaan yang telah menunaikan janjinya sesuai dengan slogan Janji Ditepati.Semoga pemberian ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan dengan sokongan padu rakyat terhadap pemimpin dan kerajaan yang prihatin ini.BUKAN SEKADAR JANJI....

Tuesday, February 12, 2013

PRASARANA UNTUK KEMUDAHAN MASYARAKAT..BALAIRAYA...

Memang sesuatu yang amat menggembirakan masyarakat kiranya permasalahan mereka mendapat perhatian serius oleh kerajaan terutamanya pemimpin yang mewakili mereka.Bagi segelinitir golongan perkara ini dirasakan sudah tiada dalam pemikiran mereka namun tidak bagi penduduk yang masih dahagakan pembangunan.Pembinaan sebuah balairaya baru adalah merupakan kgembiraan bagi mereka kerana di sinilah segala pertemuan dan aktiviti dapat dijalankan.Justeru,dengan siap terbinanya sebuah balairaya di Kota Shahbandar/Bandar 15 membuktikan kemudahan yang mereka impikan selama ini telah menjadi kenyataan.Kerajaan sentiasa prihatin akan kehendak masyarakat dan pemimpin pula akan sedaya upaya berusaha memenuhi tuntutan mereka dalam usaha memberika kehidupan yang lebih baik.Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat.Teruskan..

Friday, February 1, 2013

PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN CEMERLANG..PENJANA SEMANGAT...

Pentingnya kejayaan dalam bidak akademik kearah melahirkan generasi cemerlang dan berilmu memang menjadi keutamaan.Perubahan dan anjakan kualiti kehidupan adalah juga bergantung sejauh mana cemerlang pelajar hari ini yang bakal memimpin negara di masa mendatang.Justeru,sebagai menghargai dan mengiktiraf segala usaha gigih pelajar yang telah mencapai kejayaan telah diadakan satu majlis khusus bagi meraikan kelompok ini.Bertempat di Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak telah berlangsung Majlis  Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR/PMR Felda Wilayah Kuantan.YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya selain mengingatkan para pelejar agar terus gigih belajar untuk kejayaan yang lebih bermakna lagi.Tahniah dan teruskan..