Tuesday, February 12, 2013

PRASARANA UNTUK KEMUDAHAN MASYARAKAT..BALAIRAYA...

Memang sesuatu yang amat menggembirakan masyarakat kiranya permasalahan mereka mendapat perhatian serius oleh kerajaan terutamanya pemimpin yang mewakili mereka.Bagi segelinitir golongan perkara ini dirasakan sudah tiada dalam pemikiran mereka namun tidak bagi penduduk yang masih dahagakan pembangunan.Pembinaan sebuah balairaya baru adalah merupakan kgembiraan bagi mereka kerana di sinilah segala pertemuan dan aktiviti dapat dijalankan.Justeru,dengan siap terbinanya sebuah balairaya di Kota Shahbandar/Bandar 15 membuktikan kemudahan yang mereka impikan selama ini telah menjadi kenyataan.Kerajaan sentiasa prihatin akan kehendak masyarakat dan pemimpin pula akan sedaya upaya berusaha memenuhi tuntutan mereka dalam usaha memberika kehidupan yang lebih baik.Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat.Teruskan..

No comments: