Friday, February 1, 2013

PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN CEMERLANG..PENJANA SEMANGAT...

Pentingnya kejayaan dalam bidak akademik kearah melahirkan generasi cemerlang dan berilmu memang menjadi keutamaan.Perubahan dan anjakan kualiti kehidupan adalah juga bergantung sejauh mana cemerlang pelajar hari ini yang bakal memimpin negara di masa mendatang.Justeru,sebagai menghargai dan mengiktiraf segala usaha gigih pelajar yang telah mencapai kejayaan telah diadakan satu majlis khusus bagi meraikan kelompok ini.Bertempat di Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak telah berlangsung Majlis  Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR/PMR Felda Wilayah Kuantan.YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya selain mengingatkan para pelejar agar terus gigih belajar untuk kejayaan yang lebih bermakna lagi.Tahniah dan teruskan..

No comments: