Tuesday, August 16, 2011

TARAWIKH,MOREH DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN,,



Seperti lazimnya,setiap kali Ramadhan,maka Warga Kem 322 Bukit Ibam pastinya akan menjadi salah satu lokasi pilihan untuk didatangi.Kerana Warga kem ini begitu komited terhadap pengisian di bulan yang mulia ini.Justeru,jemputan yang diterima ini pastinya akan dipenuhi.Kedatangan rombongan disambut mesra oleh Pegawai Pemerintah yang tidak beragama Islam namun mengambil berat terhadap kebajikan anak-anak buahnya terutama menjelang Shawal..Setelah selesai Isyak dan Tarawikh dilakukan pula penyampaian sumbangan serta penghargaan kepada para peserta Taddarrus.YB ADUN juga telah menyampaikan sumbangan peribadi sebagai galakan kepada para peserta tersebut.Kemudian,rombongan telah dihidangkan dengan kudapan yang lazat.Kesempatan yang ada sewaktu minum ini digunakan untuk menyuarakan perancangan program masa hadapan serta permasalahan yang mereka hadapi yang tentunya memerlukan perhatian segera untuk diselesaikan.Moga aktiviti sebegini akan lebih merapatkan ukhwah yang telah terjalin sekian lama.

No comments: