Saturday, August 6, 2011

PROGRAM RAHMAT RAMADHAN..TERIMAKASIH DARI WARGA..

Program Rahmat Ramadhan Warga FELDA(PPRWF) anjuran SERANTA FELDA telah dilangsungkan dengan jayanya bertempat di perkarangan Masjid FeldaKeratong 2.Program bertujuan merapatkan hubungan antara pengurusan FELDA bersama masyarakat serta memberikan informasi tepat berkaitan isu semasa FELDA serta menangkis thhmahan yang dilempar terhadap FELDA..Turut hadir dalam majlis yang tersebut adalah TYT DSJJ,Ahli Parlimen Rompin,Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam,Dato'Zulkifli Wahab,Pengarah Besar FELDA,Pengarah SERANTA serta ramai jemputan serta jemaah masjid.Antara sumbangan yang disampaikan adalah sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM50.000 setiap sekolah,RM 10.000 setiap masjid serta penyampaian replika cek wang Bonus Hari Raya kepada para peneroka FELDA.Jumlah keseluruhan sumbangan yang diberikan oleh FELDA kepada 16 buah rancangan FELDA dalam Parlimen Rompin ini berjumlah RM 3.2 juta.Terimakasih dari kami warga FELDA atas keprihatinan pihak pengurusan FELDA...

No comments: