Wednesday, November 24, 2010

KEPENTINGAN PENDIDIKAN..TANGGUNGJAWAB SEMUA..


Memang sudah menjadi kewajiban semua pihak dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik anak-anak.Baik pihak sekolah,masyarakat,ibubapa dan pemimpin mempunyai peranan yang tersendiri.

Ini adalah kerana segala usaha yang ingin dibuat pastinya memerlukan komitmen dan perhatian yang bukan sedikit...

Justeru,bagi pihak YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz selaku ADUN Kawasan sememangnya amat mengambil perhatian yang serius terhadap kecemerlangan akademik di setiap sekolah di DUN Bukit Ibam.

Melalui Program Sekolah Angkat misalnya telah menaikkan pencapaian SK Kota Bahagia di mana 8 orang palajar telah mencapai 5A dalam UPSR 2010 dan yang lebih membanggakan adalah pencapaian100% dalam subjek Sains..

Beliau juga telah mengumumkan SK LKTP Keratong 4 sebagai sekilah angkatnya pada tahun 2011 nanti akibat daripada pencapaian yang kurang memberangsangkan pada tahun ini..

Moga langkah proaktif ini akan membuahkan hasil yang baik di masa akan datang..insyaallah..

1 comment:

Razak Bin Ramli said...

Gambar YB Dato' Hj. Mohamad Sahfri Ab. Aziz. DIMP, SMP di Festival Asyura Di lembah Klau.
http://razakramli.blogspot.com/2010/12/festival-as-syura-peringkat-negeri.html