Saturday, November 24, 2012

KESELAMATAN PEKERJA DIUTAMA...KELUARGA SEJAHTERA...


Aspek keselamatan adalah merupakan satu perkara yang amat penting dalam usaha melahir keluarga dan masyarakat sejahtera.Bersesuaian dengan perkara tersebut maka Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Program Kempen Keselamatan Pekerjaan bagi sektor perladangan yang membabitkan 21 buah kilang dan 122 buah ladang yang terletak di Daerah Rompin.Pengisian program termasuklah ceramah keselamatan,bengkeldan demonterasi serta pameran agensi kerajaan.Apa yang menarik adalah selama ini aspek keselamatan mungkin tidak diambil berat oleh masyarakat terutama yang membabitkan keselamatan pekerjaan.Semoga dengan adanya kempen keselamatan sebegini akan dapat mengurangkan kemalangan,kecelakaan semasa para pekerja menjalankan tugasan mereka.Bagi pihak ADUN Bukit Ibam,ingin merakamkan penghargaan dan terimakasih kerana telah memilih DUN Bukit Ibam untuk program yang sangat bermanfaat ini.Teruskan....

Friday, November 23, 2012

MENYEMARAK SEMANGAT..MEMANTAP GERAK KERJA..

 Kesiapsiagaan jentera bagi menghadapi PRU13 yang bakal tiba menjadi keutamaan dalam usaha mencapai kejayaan.Pertemuan berkala yang disusunatur bertujuan menaikkan semangat selain memberikan input terbaharu kepada semua jentera PDM agar pelaksanaan tugasan dapat berjalan lancar.PDM dalam DUN Bukit Ibam sentiasa mengambil inisiatif memberikan info kepada jenteranya dengan sambutan yang diberikan adalah amat menggalakkan.Kerjasama baik antara SERANTA Felda dalam mencapai misi dan visi lebih memudahkan pelaksanaan program ini.Ceramah oleh Yh Datuk Nasir Safar yang begitu penuh intipati penting ternyata membakar semangat jentera PDM untuk terus berusaha memenangi hati pengundi seterusnya memenangi PRU 13 nanti.Moga kerjasama baik seperti ini akan berterusan.Teruskan.....

Sunday, November 18, 2012

JANJI TELAH DITEPATI...GUNA DENGAN BERHEMAH..

Setelah agak lama menanti dengan penuh kesabaran,maka tiba saat yang dijanjikan dimana golongan warga generasi ke 2 FELDA menerima agihan RM5K milik mereka.Diharapka segala tohmahan yang sering kedengaran dilemparkan terhadap kerajaan dapat dipadamkan.Keceriaan terserlah di wajah penerima yang rata-raya mengungkapkan rasa bersyukur dan berterima kasih atas durian runtuh ini.Wang yang diterima ini akan diagih dan diguna secara baik memandangkan banyak lagi perbelanjaan khususnya menjelang persekolahan anak-anak tahun hadapan.Himpunan anak muda generasi kedua ini juga satu medan merapatkan hubungan kerana rata-rata mereka mengambil cuti atau meluangkan masa cuti semata-mata untuk menghadiri majlis penyampaian ini.Semoga selepas ini akan menyusul banyak lagi program yang akan menambahkan kesejahteraan kehidupan generasi muda ini seperti peluang pekerjaan juga perumahan.Hakikatnya memang amat bertuah dilahir sebagai generasi penerus kegemilangan FELDA.Teruskan......

Wednesday, November 14, 2012

MERINGAN BEBAN RAKYAT..KEBAJIKAN DIUTAMAKAN..


Menyedari masih ada lagi kelompok masyarakat yang terbelenggu kesulitan dalam menjalani kehidupan seharian maka sebagai kerajaan yang prihatin dan pemimpin yang komited meringan bebanan rakyat maka usaha diatur bagi menyalur bantuan kepada warga yang memerlukan.Dengan sumber bantuan kewangan oleh Kerajaan Negeri,Pejabat ADUN dengan kerjasana Jabatan Kerajaan terbabit telah berkonvoi kebeberapa kawasan kampung untuk menyampaikan bantuan tersebut.Penerima yang dipilih mengikut beberapa kategori ini oleh JKKK masing-masing.Rata-rata penerima menzahirkan rasa syukur dan terimakasih kepada pihak kerajaan yang begitu mengambilberat atas kesulitan yang mereka hadapi.Semoga bantuan yang dihulur dapat diguna sebaik mungkin dan insyaalah sebagai Wakil yang dipilih rakyat akan sentiasa mencari jalan agar kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.Antara lokasi kali ini ialah Kg Kota Bahagia,Meripuh.Kg Aur dan Kg Bukit Ibam.Teruskan....

ALHAMDULILAH..AKHIRNYA MENJADI KENYATAAN..

Tiada yang lebih menggembirakan bagi ADUN Kawasan apabila sesuatu yang sangat penting untuk rakyat dapat diusahakan sehingga berjaya.Merujuk kepada perkampungan tradisional,Kg Meripuh telah pun mendapat bekalan air paip sepenuhnya menjelang Aidil Adha yang lalu.Masalah yang membelenggu penduduk sejak berpuluh tahun ini akhirnya dapat diselesaikan berkat kesungguhan dan doa semua pihak.Bermula dengan pemasangan paip utama,penyambungan ke meter serta pemasangan meter dan saluran ke rumah kediaman semuanya telah dapat dijalankan dengan lancar.Penduduk yang ditemui rata-rata mengucapkan terimakasih atas daya usaha pemimpin dan kerajaan yang prihatin dan ini memperlihat bahawa setiap permasalahan yang ditanggung rakyat adalah menjadi keutamaan untuk segera diselesaikan.Teruskan...

Sunday, November 4, 2012

SAR/KAFA....MEMBINA MODAL INSAN BERKUALITI

Umum mengetahui bahawa pembinaan modal insan berkualiti adalah merupakan satu keutamaan demi melahirka generasi berketrampilan sahsiah dan jati diri.Justeru,peranan yang dimainkan oleh SAR/KAFA ini adalah amat penting dan seharusnya perlu diberikan perhatian yang amat serius agar pembelajaran serta pendidikan anak-anak ini dapat berjalan dengan lancar.Dalam program khatam Al Quran,Penyampaian sijil cemerlang serta meraikan pelajar yang akan mewakili negeri di Melaka,YB Dato Mohamad Sahfri Ab Aziz,selaku ADUN Kawasan Ibam telah menyeru para ibubapa agar mengambil berat akan pendidikan agama anak-anak selain mengucapkan tahniah pepada para guru yang berusaha gigih.Beliau juga meluluskan peruntukan segera bagi menambahbaik pengurusan Persatuan SAR/KAFA.Moga kerjasama erat ini aka berkekalan dalam usaha mempertingkat kualiti pembelajaran dan pengajaran.Teruskan....

Friday, November 2, 2012

IBADAH QURBAN...MENGINSAFI PENGORBANAN...

Apabila dimaklumkan bahawa FELDA Keratong 2 telah dipilih sebagai lokasi Majlis Qurban Perdana MBFM Peringkat Kebangsaan,maka jentera belia di kawasan telah digerakkan bagi melicinkan aturcara yang diatur.Peluang diberikan seluas mungkin bagi membolehkan golongan muda ini melaksana amanah dan tanggungjawab yang terpikul dibahu.Alhamdulilah,apa yang direncana telah dapat dijalankan dengan baik.Sebanyak 24 ekor lembu telah berjaya ditumbangkan oleh belia-belia yang mewakili persatuan masing-masing.Terima kasih diucapkan kepada MBFM Kebangsaan yang telah memberikan kepercayaan kepada para belia di kawasan untuk menjadi tuan rumah kepada program Qurban kali ini.Tahniah juga kepada semua yang telah membuktikan bahawa berkat kerjasama yang ada,program yang dirancang telah dapat dilaksana dengan jayanya.Teruskan.....

Thursday, November 1, 2012

MENDEKATI ANAK MUDA...BICARA SANTAI...

Anak-anak muda sekarang memang tidak begitu gemar jika aturcara yang disusun menampakkan agak formal.Mereka suka acara atau majlis yang santai dan tidak begitu protokol.Bersempena dengan satu majlis yang diadakan,maka satu inisiatif diatur bagi mengumpul anak muda secara santai.Di majlis ini,pelbagai informasi disalur yang melibatkan perancangan pelbagai program/projek yang bakal dilaksana pada masa depan.Rata-rata input yang diterima dari golongan muda ini ialah masalah perumahan serta peluang menambah pendapatan di dalam kawasan.YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,selaku ADUN kawasan sempet memberikan penerangan tentang beberapa projek yang bakal dilaksana khusus bagi manfaat golongan muda.Beliau turut menasihatkan golongan muda agar berusaha gigih memajukan diri selain mengelakkan diri dari terjebak dalam gejala negatif.Tahniah kepada yang terlibat menganjurkan program ini.Teruskan..

KAWALAN KOMUNITI....PENGLIBATAN MASYARAKAT PENTING....

Isu keselamatan anggota komuniti dan masyarakat secara keseluruhannya adalah amat penting dan memerlukan penglibatan semua anggotanya.Justeru,penubuhan KRT adalah merupakan satu daripada caranya.Kawalan kawasan penempatan melalui KRT ini dengan kerjasama pihak berwajib ternyata membuahkan hasil yang positif.Indeks jenayah dapat diturunkan selain rasa tanggunjawab mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dapat diterapkan.Bantuan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan juga merupakan sesuatu yang amat dinantikan dalam memberikan perkhidmatan terbaik.Baru-baru ini KRT Keratong 4 telah mengadakan majlis perasmian KRT dan pembukaan rasmi kabin KRT oleh YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.Pelbagai peralatan juga turut disumbangkan dalam majlis yang sama.Semoga peruntukan ini akan dapat merealisasikan harapan mewujudkan komuniti selamat dan bebas jenayah.Kampung kita tanggungjawab kita.