Tuesday, July 24, 2012

BERSYUKUR DAN BERINGAT,,,MENABUNG..

Walaupun pelbagai cara diguna,diputarbelit untuk mengelirukan rakyat,namun konsep Janji Ditepati tetap diterjemahkan melalui penyampaian Fasa Ke2 Durian Runtuh FGVH..untuk semua penerokawati.Harapannya adalah semoga penerima akan menggunakan wang ini secara berhemah,untukkan sebahagian dalam tabungan KPF yang ternyata memberikan pulangan yang baik.Rata-rata penerokawati yang ditemui melahirkan kesyukuran dan berterimakasih kerana segala apa yang dijanjikan oleh pemimpin dikotakan dan bukannya janji kosong semata.FELDA sudah jauh mara namun masih ada lagi yang berada di takuk lama.Benar kata PM.."Kita boleh tidak bersetuju dengan apa yang kerajaan lakukan,namun jangan sesekali cuba MENGHALANG..Fikirkanlah...Teruskan...

Saturday, July 21, 2012

MEMAKSIMUMKAN PENGUNAAN..TAMBAH MAKLUMAT..

Pemberian netbook kepada para pelajar oleh kerajaan yang prihatin melalui SKMM diharap akan dapat memberikan seribu manfaat kepada pelajar.Sistem pembelajaran sekarang yang memerlukan pelajar mendapatkan maklumat secara pantas membuatkan komputer dan internet sesuatu yang amat mustakak.Adalah amat diharapkan agar para pelajar yang menerima sumbangan ini akan dapat memaksimumkan penggunaannya.Terimakasih kepada pihak kerajaan Malaysia melalui SKMM kerana untuk program penyampaian sumbangan kali ini,900 pelajar dari sekitar DUN Bukit Ibam telah mendapat manfaatnya..Ibubapa juga memainkan peranan agar netbook ini tidak disalahguna ataupun jatuh ketangan pihak lain.Sekali lagi terimakasih diucapkan...Teruskan..

Monday, July 9, 2012

N40FC JUARA LAGI..TAHNIAH UNTUK SEMUA..

Pembentukan pasukan bolasepak yang mewakili DUN dengan nama N40FC ini telah berjaya mengharumkan namanya apabila sekali lagi menjuarai Liga Emas Pahang Tenggara 2012.Ternyata pasukan ini telah mula menjadi sebutan di sana -sini.Tahniah diucapkan kepada semua pemain,pengurusan dan juga penyokong yang telah memberikan segala yang terbaik sehinggakan kita mencapai kejayaan cemerlang ini.Apa yang menjadi harapan adalah keinginan untuk melihat pemain-pemain daripada N40FC ini pergi lebih jauh lagi seperti mewakili negeri pada masa akan datang.Tingkat kan keazaman,tinggikan disiplin diri dan permainan,insyaallah N40FC akan muncul sebagai sebuah pasukan yang disegani pada masa hadapan.Tahniah sekali lagi pada semua.

PROGRAM KEAGAMAAN..KEROHANIAN JUGA JADI KEUTAMAAN...

Di sebalik kerancakan mengatur program sosial,program berbentuk kerohanian juga menjadi keutamaan agar masyarakat mendapat santapan rohani,sentiasa mengingati diri dan tanggungjawab terhadap syiar Islam.Bersempena dengan Israk Mikraj,satu program ceramah telahpun diadakan dipadang awam FELDA Keratong 2 di mana ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Badlishah.Program telah dihadiri oleh anggota komuniti selain pemimpin masyarakat.Semoga program seumpama ini akan dapat memberikan manfaat dan pengisian yang amat berguna dalam mengimbangi tuntutan dunia dan akhirat.Amatlah diharapkan program seumpama ini akan dapat dirancang pada masa hadapan dan mendapat kerjasama dan komitmen daripada semua pihak.Teruskan..

Friday, July 6, 2012

MENDEKATI MASYARAKAT...JALINAN MESRA..

Dalam kesibukan tugas yang telah diamanahkan,setiap masa terluang pastinya akan digunakan untuk bersama masyarakat.Kalau di sebelah siang biasanya dipenuhi dengan program rasmi,bersukan bersama anak muda dan sebagainya,waktu malam pula biasanya memenuhi undangan bacaan yaasin,bertahlil dan berzanji.Acara kerohanian dan berteraskan keislaman ini sewajarnya menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat.Ianya perlu terus disemaisubur dan dipelihara agar kehidupan sentiasa mendapat barakah daripadaNya.Sesi singkat separuh malam ini juga dapat menyaksikan pelbagai permasalahan rakyat diajukan dan akan cuba diselesaikan dengan cara yang terbaik.Teruskan..

Wednesday, July 4, 2012

SANTAI PETANG...SUKAN BERSAMA PEMIMPIN..






Sesungguhnya melalui bersukan bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tetapi ianya juga merupakan medium terbaik merapatkan hubungan sesama anggota masyarakat di samping dapat meluahkan apa yang tersirat untuk diselesaikan oleh pemimpin.Sukan juga tidak terhad kepada golongan muda tetapi iajuga boleh disertai pelbagai golongan mengikut kesesuaian.Hubungan baik antara pemimpin,agensi kerajaan,persatuan belia secara keseluruhannya dapat dilihat melalui program seumpama ini apabila masing-masing memainkan peranan dalam menjayakan program yang diatur.Bertempat di kawasan rekreasi FELDA Keratong 2 telah diadakan sepetang bersukan bersama pemimpin dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.Tahniah atas penganjuran dan bagi pihak ADUN akan sentiasa memberikan sokongan padu kearah melahirkan komuniti yang sihat danceria.Teruskan...