Monday, December 5, 2011

PEMBANGUNAN MODAL INSAN..SATU KEUTAMAAN..

Memang tidak dinafikan pembinaan modal insan masa kini bakal melahirkan golongan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani dan rohaniah pada masa hadapan.Berpandukan perkara tersebut maka pelbagai program berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.Kerjasama bersama agensi kerajaan yang lain,seperti KEMAS dapat memudahkan pelaksanaan.Bertempat di Kampung Bukit Ibam telah dilangsungkan Konvensyen Pembinaan Modal Insan yang antara pengisiannya adalah gotong-royong,sukaneka,futsal yang mana telah dapat dijalankan dengan meriahnya dan disertai oleh segenap lapisan masyarakat.Pada sebelah malamnya telah diadakan ceramah agama dan penyampaian hadiah serta majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh YB ADUN Bukit Ibam.Program seumpama ini ternyata dapat membantu mengeratkan hubungan bermasyarakat selain memberikan santapan rohani kepada masyarakat.Tahniah dan teruskan...

1 comment:

Bukutibamoahanv. Vlogspot. Com said...

Berkesempatan bertemu dengan Ust Hj Mahmud Mat salah seorang penceramah yg disegani....Terimakasih kepada semua...yang menjayakan program..